Soalan: talak
Nama*: | ani |
Tajuk*: | talak |
Message*: | Salam ustaz...
Sy dan suami ada masalah dan selalu bertengkar... pada 1 hari sy kerap kali minta suami cerai kan sy . Dengan keadaan marah suami ada berkata "KALAU KAU MINTA CERAI LAGI SEKALI AKU AKAN BAGI 3 TERUS" masa tu sy dah tak boleh fikir apa2, yang bermain dalam fikiran hanya cerai.. dan masa tu juga sekali lagi sy minta , "CERAI KAN AKU" Apa jatuh kah talak? |
File Upload: | |
Salam
AKU AKAN BAGI 3 TERUS.. saya kira ada perkataan AKAN yang memberi pilihan kepada suami sama ada dia mahu menjatuhkan talak atau tidak setelah isteri meminta diceraikan.
Jika suami sebutkan cerai, akan terjadilah cerainya. Jika tidak, tidaklah terjatuh talak.
tk
Visitor IP: 113.210.132.243
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.