Friday, January 1, 2016

Soalan: lafaz cerai dengan tidak sengaja

Nama*:fina
Tajuk*:lafaz cerai dengan tidak sengaja
Message*:Assalamualaikum ustaz. Sy nak tnye dekat ustaz. Baru2 ni saya ade masalah dengan suami saya. Punca nya drpd die tak dpt bermalam di rumah ibu nya. Sebelum ni kami menyewa rumah lepas ibunya kmlgn sakit tgn suami saya ajak dduk di rumah 2,3 hari smpai lah berlanjutan sehingga keluarga suami saya berpindah suami nak dduk sekali dgn keluarga nya. Saya tiada masalah saya ikutkan ape yg suami nak. Malam yg pindah di rumah baru tu, saya ajak suami balik ke rumah sewa kami sbb tiada bilik untuk kami nak dduk sjali. Adik beradik suami saya 10 orang. Masing2 nak bilik sendiri. Sy ajak suami balik kerana sudah lewat malam. Lagipun sudah lame x balik ke rumah. Mula dari situ suami berubah sikap. Sampai bawak ke rumah.Suami telah melafazkan cerai dekat saya secara xsengaja tanpa berfikir. Kemudian die menyesal dan memujuk saya. Adakah talak sudah jatuh,ustaz?
File Upload:
Salam

Jika lafaz suami itu jelas membawa maksud cerai, maka sahlah cerai berkenaan. Saya tidak pasti apa yang diucapkan oleh suami ketika itu.

Cerai akan terjadi dengan sebab ucapan suami yang sahih, jelas dan difahami maknanya, walaupun dalam keadaan marah dan tidak sengaja.

tk

Visitor IP: 175.137.197.183

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA