Nama*: | Azad |
Tajuk*: | lafaz taklik talaq 1 |
Message*: | assalamualaikum ustaz, saya ada bergaduh dgn isteri mengenai perempuan simpanan. isteri saya mengatakan jika tak mahu dia minta cerai, dia minta saya lafazkan taklik iaitu sekiranya saya hubungi perempuan utk niat menggoda ke arah maksiat dan zina, maka jatuh talak 1. saya setuju utk berbuat demikian kerana niat saya adalah utk memujuk hatinya supaya kami dapat berbaik semula dan kami berjanji jika saya lafaz, isteri saya akan kekal bersama saya. namun setelah beberapa hari, isteri saya tidak mahu meneruskan janjinya setelah saya lafazkan taklik itu. dia tetap mahukan memohon cerai di mahkamah. selama sebulan berpisah, saya ada berhubung dengan perempuan lain tetapi saya tidak membawa diri saya untuk melakukan maksiat dan zina.persoalannya, adakah sudah jatuh talaq berdasarkan lafaz taklik dengan perbuatan saya itu? sekiranya sah jatuh, adakah lafaz taklik tu tetap kekal setelah kami rujuk kembali? mohon beri pencerahan.terima kasih ustaz. |
File Upload: |
Taklik termaktub dengan apa yang dilafazkan dan diqasadkan sahaja. Jika dimaksudkan untuk berkahwin adakah akan terjadinya talak?
Kena pastikan apakah makna talkik yang dilafazkan, setelah itu baharulah diterjemahkan pada perbuatan itu sama ada terjadinya taklik atau tidak.
Suami yang melafazkan taklik hendaklah tahu dan faham apa yang disebut, jika dia yakin ia telah menjatuhkan taklik, maka terjadilah talak.
tk
Visitor IP: 60.48.73.233
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.