Saturday, January 23, 2016

Soalan: Masalah Hubungan Suami Isteri

Nama*:Suleyman
Tajuk*:Masalah Hubungan Suami Isteri
Message*:Salam Ustaz,
Saya ingin mendapat penjelasan mengenai keadaan saya. Secara amnya saya bukanlah seorang suami yg sempurna dan saya juga tidak bekerja buat masa ini ekoran keadaan ekonomi semasa.
Isunya adalah begini, adik ipar saya datang menumpang dirumah bersama seorang lelaki yang mana berjanji akan bernikah (bila sampai masa ada alasan diberikan). setelah hampir 1 tahun lebih saya menyuarakan rasa musykil saya kepada isteri. Atas rasa tanggungjawab saya sebagai ketua rumahtangga, saya memberikan kata dua sama ada bernikah dengan cara apa sekalipun atau minta keluar dari rumah dan mereka telahpun keluar dan berpindah kerumah lain(masih bersekedudukan). Soalan saya:-
1. Benarkah rumah saya tidak didatangi Malaikat?
2. Benarkah saya menanggung dosa kerana saya ketua rumah?
3. Saya telah menyatakan kepada isteri bahawa saya tidak membenarkan anak2 saya kerumah mereka selagi mereka tidak bernikah; tetapi isteri tetap membawa mereka tanpa pengatahuan saya. Apakah hukumnya?
4. Dalam keadaan sekarang kata2 dari saya sebagai suami atau mak mertua saya yang isteri harus patuh?

Minta jawapan dan sedikit penjelasan kerana saya benar2 dilemma isteri saya seperti tidak mengendahkan kata2 saya, Jika saya komen situasi diatas beliau lebih mengungkit kesilapan lalu saya dari melihat kebatilan diatas. Saya amat terkesan dan merasakan yang saya perlu mencari kehidupan lain kerana tidak rasa yang saya ini sebagai seorang suami.
File Upload:
Salam

Saudaraku,

Teruslah berusaha untuk menjadi suami yang baik, suami yang bertanggungjawab dan suami yang Allah redai kepada kita. Tahniah atas kesedaran dan kesediaan untuk membawa perubahan dalam rumah tangga. Dugaan ini besar untuk membawa kebaikan, apatah lagi dengan sejarah silam yang sering diungkit. Pedulikan kisah silam, kerana kesudahan itu yang lebih utama bukannya sejarah awal.. Bila refree tiup wisel baru kita tahu pasukan mana yang menang...

Cuba uruskan perkahwinan ipar itu secepat mungkin. Bawalah keluarga yang boleh membantu untuk mempercepatkan perkahwinan mereka. Itu satu yang wajib disegerakan. Tidak kena sama sekali bersubahat dengan perlakuan sumbang. Bereskan perkara ini dahulu.

Yang lain itu, kita berserah kepada Allah.. kita berusaha menjadi yang terbaik dan berdoa, bertaubat.. Allah penentunya.




Visitor IP: 123.136.106.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA