Soalan: adakah sah lafaz cerai
Nama*: | liana |
Tajuk*: | adakah sah lafaz cerai |
Message*: | Ustaz, saya yg telah hantar email terdahulu berkenaan suami lafaz
Saya janji akan lepaskan awk minggu depan samada kes mahkamah selesai atau tidak.
Saya mohon jasa baik ustaz utk berikan jawapan kpd sy terus di
. atau mungkin email kembali pada xxxx.. ustaz..maaf jika sy membebankan ustaz tp sy belum ada tmpt rujukan lagi dlm masa terdekat..terlalu byk masalah dan kekangan masa...
Terima kasih ustaz... |
File Upload: | |
Salam
Mohon maaf kerana lambat nak jawab email ini.
Janji seperti itu tidaklah menjatuhkan talak sehinggalah lafaz talak itu disebutkan secara terang dan jelas pada hari yang dijanjikan..
Visitor IP: 113.210.1.65
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.