Nama*: | Diana |
Tajuk*: | Inginkan penjelasan dari ustaz mengenai berus cat dari buku babi |
Message*: | salam , Yg Dihormati Ustaz-ustaz Saya ingin menanyakan soalan tentang produk dari bulu babi. Banyak maklumat yang boleh dipercayai didapati bahawa bulu dari berus samada digunakan untuk makanan, pemakaian dan penggunaan harian kebanyakan asal dari bulu babi. Maklumat itu kebanyakan berdasarkan maklumat am dan bukan spesifik (contoh maklumat : berus mentega, berus cat, dll). Maksud saya tiada pengkhususan dari segi nama jenama atau pengenalan secara terperinci tentang product itu. Kalau ada maklumat pun dari segi negara pengeluar. Tidak tahu yang mana satu berus yang pemaklum maksudkan kerana terdapat banyak berus-berus sebegini di pasaran walaupun dari negara yang dikatakan itu. Dan ada juga maklumat lain mengatakan berus-berus ini dibuat dari binatang lain. Soalan (a) Berdasarkan kekaburan pengenalan tentang barang yang mengunakan bulu babi seperti diatas, bolehkah saya berpegang kepada prinsip "masih tidak tahu secara sah" kerana tidak tahu secara terperinci segi jenama atau pengenalan khusus kerana berlandaskan hadis nabi bahawa kalau kita tidak tahu maka dimaafkan. (b) Atau perlu berpegang pada berlandaskan maklumat am itu (berus cat atau berus mentega) dipercayai memakai bulu babi (untuk menjaga ibadat), maka setiap kali terkena atau terpakai berus cat atau berus mentega maka kena sertu anggota? (c) kalau saya memilih Ijtihad Imam Syafie mengatakan bahawa bulunya najis, adakah saya perlu menyertu (samak) sekiranya barang tersebut dimakan atau digunakan semasa dalam keadaan "masih tidak tahu secara sah" ini? dan menjadi satu pegangan dalam ibadat seharian? (d) Bolehkah saya memilih Ijtihad Imam lain seperti Imam Sabiq, Imam Hanafi, Imam Dr Qardhawi dll) yang mengatakan Bulu dan kulit adalah suci bagi kesenangan saya dalam hal ini? saya memohon maaf sekiranya pernyataan di atas terdapat kesilapan dari segi pemahaman hukum dan berharap pendapat yang akan disampaikan kelak dapat membantu saya dan makluman kepada semua. Terima Kasih |
File Upload: |
Maaf saya kurang arif untuk hal ini.
Jika lebih selamat, kita tidak tahu sama ada bulu babi atau bulu lain, maka boleh dipakai atau digunakan selagi mana ia tiada penjelasan bulu babi.
Visitor IP: 1.9.103.59
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.