Monday, February 16, 2015

Soalan: turutan warna haid

Nama*:asmida
Tajuk*:turutan warna haid
Message*:salam ustaz, saya nak tanya turutan warna darah haid... ni yg saya google td warna darah haid mengikut mazhab syafie : hitam, merah, warna tanah, kuning, keruh(antara warna hitam dan putih)
selalunya haid paling lam 15 hari, selepas 15 hari jika darah masih keluar, wajib mandi hadas, tapi kan kalau dlm tempoh 15 hari tu, darah dah stop hari ke 7, tapi hari ke 8 just keluar lendir yg bewarna seakan putih + kuning lembut macam warna nanah tu..dah boleh mandi hadas x? ke perlu kena tunggu sampai 15 hari...

Mohon pendapat ustaz
File Upload:10991227_896847117002615_90076170957159882_n.jpg
Salam

Terima kasih bagi info. Saya pun tak tahu warna darah haid, sebab tak pernah pula saya berhaid..

Jika hari ke 7 dia stop darah, perlu segera mandi wajib dan solat. Jika hari ke 8 keluar balik spt warnah nanah atau perang, stop dulu solat dan tunggu hingga kering dan mandi wajib semula untuk solat berikutnya.

Ini semua rahsia Allah. kita sbg hamba buat apa yang kita maklum sahaja.

tk

Visitor IP: 203.106.158.129

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA