Wednesday, February 4, 2015

Soalan: cerai taklik

Nama*:ina
Tajuk*:cerai taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz,
saya telah berkahwin di siam dan saya merupakan istri no 2. Saya dan suami saya tidak pernah menfailkan mana2 perkahwinan kami. Baru2 ini isteri pertamanya telah tahu dn memaksa suami saya untuk menceraikan saya. Bermacam-macam ugutan telah saya terima daripada isteri pertamanya hingga saya telah membuat keputusan sendiri.
Saya telah menelefon suami saya dan memberitahu suami saya agar tidak balik ke rumah saya dan jangan memberi nafkah terhadap saya selama 4 bulan agar trjatuhnya talak satu tetapi saya sesekali tidak redha akan keputusan saya ini. Suami saya hanya berdiam diri. Soalan saya ustaz

1. Adakah sah cerai taklik ini jika dilakukan atas permintaan isteri. Sekiranya suami saya menurut permintaan saya adakah ianya sah
File Upload:
Salam

Hehehe.. kelakar pula cadangan puan ni..

Dalam lafaz taklik (jika ada la) biasanya disebut, suami yang tak bagi nafkah 4 bulan berturut-turut dan isteri mengadu kepada hakim dengan RM1, maka boleh jatuh talak satu. itu lafaz taklik yang standard ada di Malaysia. Yang Thailand punya saya tak pasti.

Jika 4 bulan ditinggalkan suami, tetapi puan masih redha dan sabar, ia tidaklah menjatuhkan talak. Nak jatuh talak perlu ada ucapan talak daripada suami..

Bawalah bersabar dan usah diruntuhkan apa yang telah dibina, sama ada dibinanya itu di sini atau di luar negara.. hehe..



Visitor IP: 115.164.82.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA