Monday, February 16, 2015

Soalan: MELAFASKAN TALAK

Nama*:CINTA ILAHI
Tajuk*:MELAFASKAN TALAK
Message*:ASSALAMUALAIKUM USTAZ , SAYA INGIN BERTANYA KEJADIAN INI BERLAKU KEPADA DIRI SAYA SENDIRI DI MANA SUAMI SAYA TELAH MELAFAZKAN TALAK KEPADA DIRI SAYA, TETAPI KETIKA ITU SAYA DAN SUAMI DALAM KEADAAN YANG TIDAK TERKAWAL (BERGADUH).
MALAM ITU ANAK SAYA TELAH MERAGAM MENAGIS TIDAK TAHU APA HENDAKNYA ,, SUAMI SAYA SEDANG MEMUJUK ANAK SAYA DAN KETIKA ITU SAYA BERDA DI DALAM BILIK KERANA SAYA TIDAK SIHAT UNTUK MELAYAN KERENAH ANK SAYA ,, SAYA KENA SERANGAN ASHMA JADI SAYA TIDAK LARAT UNTUK MELAYAN ANK SAYA YABG SEDANG MARAH ,
KEMUDIAN BILA SAYA KELUAR DARIPADA BILIK SAYA MENCUBA UNTUK MEMUJUK ANK SAYA KERANA SUDAH LAMA DIA MENAGIS TANPA HENTI , ANAK SAYA TETAP MENAGIS SEPERTI KENA PUKUL , KEMUDIAN SUAMI SAYA SUDA NAIK DARAH LALU MEMUKUL ANAK SAYA SAYA PUN TERUS MEMARAHI SUAMI. " JANGAN LA PUKUL ANAK TU ANAK BUKAN TAHU CAKAP PUN DIA NAK APA PUN KITA TAK TAHU, JADI JANGAN LA PUKUL, CUBA PUJUK SAHAJA" LALU SUAMI SAYA PUN MARAH DIA CAKAP KAT SAYA " DIA NAK APA PUN SAYA TAK TAU NANGIS SAHAJA TAK HENTI. KEMUDIAN SAYA CKP DENGAN SUAMI ANAK AWAK TU NAK TIDUR KAN SAYA DAH SURUH AWAK TIDURKAN DIA DARI TADI LAGI, KEMUDIAN SUAMI TERUS BERANG LALU MENAMPAR MUKA SAYA, " KAU TAK BOLEH TIDURKAN ANK KE SAYA NAK TENGOK TV PUN TAK BOLEH " SAYA PUN MEMBALAS CAKAP SUAMI " AWAK TAK TENGOK KE SAYA SEDANG SAKIT SAYA SESAK NAFAS SAYA TAK LARAT TUH PUN AWAK NAK BISING TAK BOLEH NAK JAGA SEKEJAP KE , KEMUDIAN TERJADI LA PERGADUHAN ANTARA SAYA DAN SUAMI. SUAMI MEMUKUL SAYA SEPERTI HILANG KEWARASAN, KEMUDIAN DIA BERINTI MEMUKUL SYA DAN SEGERA KEMBALI MEMUJUK ANK SAYA YANG SEDANG MENANGIS .. SAYA BERADA DI DALAM BILIK MENGIS KESAKITAN AKIBAT SUAMI MEMUKUL SAYA TADI .. KEMUDIAN SUAMI MASUK KE DALAM BILIK SAMBIL MEMBAWA ANK SAYA SEBAB ANK SAYA TIDAK BERHENTI MENAGIS LAGI, KEMUDIAN SAYA MENGAMBIL ANAK DAN SAYA CKP KAT SUAMI AWAK TOLONG CERAIKAN SAYA SAYA DAH TAK LARAT HIDUP DENGAN AWAK LAGI , KEMUADIAN SUAMI PUN CKAP SAYA CERAIKAN AWAK TAPI ANK DENGAN SAYA. SAYA TERPAKU TERKEJUT KERANA AYAT CERAI ITU TELAH KELUAR DARIPADA MULUT SUAMI SAYA , SEKARANG SAYA DALAM KEADAAN SERBA SALAH , SAYA TAK TAHU HUBUNGAN SAYA DENGAN SUAMI MASIH DALAM KEADAAN HALAL ATAUPUN HARAM SEBAB DIA TELAH MELAFAZKAN CERAI TAPI KETIKA ITU DIA DALAM KEADAAN MARAH DAN SERABUT SEBAB ANAK SAYA TAK BERHENTI MENAGIS.
File Upload:

Salam.

Puan, kemarahan membawa akibat buruk jika tidak dapat dikawal. Jika dengan jelas suami sebutkan AKU CERAIKAN KAMU,  maka pada pendapat saya, jatuhlah talak satu. cuma nak ukur tahap kewarasan pada ketika marah itu adalah sukar, sebab itu kebanyakan ulama kita berpendapat, lafaz cerai yang disebut adalah sah walaupun dalam keadaan marah.

Jika telah jatuh talak, puan boleh mohon suami untuk rujuk semula selagi ada tempoh edah.

tk

Visitor IP: 14.192.241.209

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA