Nama*: | Indah |
Tajuk*: | Pologami |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz Saya sudah lama mengesyaki yang suami saya telah berkahwin lain. Saya rasa lebih kurang lapan tahun. Isunya ialah mengapa dia tidak memberitahu saya dan keluarga kami berdua berkenaan hal ini. Dengan tidak memberitahu adakah dia tidak mendaftarkan pernikahannya ini kerana Mahkamah Syariah tidak pernah memanggil saya untuk hadir ke mahkamah. Saya juga mendapat tahu dia mungkin mempunyai anak dari hasil perkahwinan tersebut. Bagaimana agaknya dia mendaftar kelahiran anak tersebut. Saya telah memberi suami saya peluang berkali-kali selama beberapa tahun ini untuk dia berterus terang tetapi dia tetap menafikan keadaan. Mungkin Ustaz mengatakan syak wasangka saya tidak berasas tetapi saya mempunyai bukti yang kuat mengatakan dia benar-benar berkahwin - di laman facebook 'isterinya' yang mengakui anaknya adalah berbapakan suami saya; saya pernah terbaca email dan sms dari wanita tersebut mengungkit ketidakadilannya sebagai suami (tak balik tengok anak dan tak memberi nafkah). Tetapi selama 22 tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali pun kami berasingan semasa Hari Raya Puasa atau Hari Raya Adha. Namun saya tidak pernah berkonfrontasi dengannya berkenaan bukti-bukti tersebut. Saya akui saya takut akan kebenaran situasi ini. Suami saya bekerja di utara Malaysia dan hanya ballik pada hujung minggu. Saya juga pernah terjumpa beberapa resit restoran yang menyatakan dia berada di KL sehari sebelum dia balik ke rumah saya walhal dia mengatakan dia bertolak pada hari yang berkenaan. Tetapi memang dia tidak berlaku adil kepada 'isteri' itu kerana dia akan menghabiskan lebih banyak masa dan hari bersama saya sebelum dia kembali ke tempat kerja. Persoalan saya, adakah perlu saya mendesak suami saya untuk berterus terang? Ataupun biarkan keadaan sekarang berterusan kerana memang tidak ada kekurangan dari dia menjalankan tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa. Malah makin tahun makin baik rezeki dan makin mewah hidup kami. Terima kasih Ustaz memberi perhatian kepada situasi saya ini. |
File Upload: |
Salam
Gerak hati seorang isteri selalunya benar. Cuba puan perhatikan, sejak bila suami puan sudah tidak sebut lagi mahu berpoligami? Jika 8 tahun lalu dia sudah diamkan diri dan tidak sebut mahu berpoligami, maka dari tarikh itulah dia sudah berkahwin seorang lagi.
(lelaki akan sebut apa yang dia mahu, bila dia dah dapat, dia diam je...)
Mungkin tindakan suami puan merahsiakan perkahwinan itu adalah lebih baik pada perkiraannya. PUan tidak perlu mendesak, tetapi cubalah memujuk atau berterus terang kepadanya. Malah puan boleh memberi janji untuk saling membahagiakan jika benar dia telah berkahwin lagi. saya percaya suami tidak mahu merosakkan hubungan rumah tangga, walau apa pun terjadi. sebab itu, tindakan sedemikian dibuat.
berilah janji untuk membahagiakan dia, insya Allah dia akan boleh berterus terang.
tk
Visitor IP: 175.139.38.129
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.