Tuesday, February 24, 2015

Soalan: chatting di internet

Nama*:zam
Tajuk*:chatting di internet
Message*:ustaz ...saya dah berkahwin tapi masa chatting di internet ngan perempuan saya selalu mengaku bujang atapun duda...bila mengaku duda dengan tapi niat dusta tentu ada pertanyaan bila cerai. dah lama ke cerai... kenapa cerai.. cerai hidup ke mati...bila ada soalan camni saya akan jawab.. dah lama dah..baru lagi.. 2 .3 tahun lepas...
takder sefahaman ..gaduh.ada org ketiga... mati atau pun hidup...kadang tanya anak tingall ngan sapa.. saya jawab maknyer ataupun kat saya..tapi semua tu tipu la sebab saya tipu umur saya .. tentang bilangan anak saya.. benda ni berulang banayak kali .. saya dah bertaubat buat benda begini... jadi camna status hubungan saya ngan isteri adakah jatuh talak...begitula jugak la kalau saya mengaku bujang... naper lom kahwin saya jawab lom jumpa lagi. lom ada kenan...
.

situasi kedua
saya berwechat ngan sorang perempuan..saya taip dengan kata saya runsing sebab bercerai dengan niat menipu... adakah jatuh talak


situasi ketiga...
saya bersam isteri bersembang.. saya kata saya nak tukar kereta baru sebab kereta dah lama dah 15 tahun.. jadi isteri melawak dia tanya kalau dah 15 tahun nak ker tukar dia .... saya jawab nak nak adakah begini boleh jatuh talak
File Upload:

Salam..

kenapala saudara ni nakal sangat..

penipuan seperti itu, tidaklah menjatuhkan talak ke atas isteri..tetapi hukumnya tetap haram dan berdosa.

kes wechat pun sama spt di atas

ia tidak jatuh talak kerana tiada niat talak kepada isteri pada situasi di atas.

tk

Visitor IP: 122.129.122.226

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA