Sunday, February 8, 2015

Soalan: Lafaz cerai

Nama*:N
Tajuk*:Lafaz cerai
Message*:Salam.

Ahad malam saya bergaduh dgn suami di dalam kereta, bila tak tahan saya keluar dari kereta dan dia pun keluar jg. Dia terlalu marah dan menyebut, "masuk kereta balik!" Saya tak mahu dan dia sebut "aku cerai kau, aku cerai kau!"

Dia tampar saya jadi saya terus berjalan tinggalkan dia. Maksud ayatnya ialah kalau saya tak masuk kereta balik dia akan ceraikan saya. 1)jatuh tak talak sebab katanya dia sgt marah tak dapat kawal perasaan tapi sbnrnya tak berniat nak ceraikan, dia mahu saya masuk ke dalam kereta saja. 2) dia sebut dua kali, jatuh talak dua kali atau sekali saja? 3) sy ada baca bila seseorang tu tgh dlm keadaan hilang akal/terlalu marah talak tak sah.. Sebab kami berdua seminggu sebelum itu baru buat rawatan secara islam dan ada gangguan sihir..

2) keesokkannya saya dan suami berbincang tentang lafaz cerai tu dan suruh dia cuba ingatkan ada tak lagi lafaz cerai lain dia pernah cakap bila bergaduh sebelum2 ni dan tak sengaja suami tercakap, "contoh, aku ceraikan kau.." Untuk ingat balik pergaduhan yg lama.. Sbb kami nk merujuk ke pejabat agama. Adakah jatuh talak juga walaupun takde niat tapi nak recall balik je?

Pada awal perkahwinan kami dua tahun lepas, kami pernah alami gangguan sihir yg teruk sampai bergaduh di hadapan ibu saya, dan suami pernah lafaz, kalau kau keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau. Dan saya keluar jgk. Adakah jatuh talak? Emosi kami memang sgt terganggu masa tu.

Persoalan terakhir.. Adakah jatuh talak tiga kalau semua lafaz yg saya kemukakan di atas? Kami sbnrnya cukup sayang hubungan ini dan tak pernah ada orang ketiga.. Terima kasih sudi menjawab
File Upload:

Salam

Secara zahirnya pada saya ia telah jatuh talak dengan lafaz yang jelas oleh suami. Sebutan dua kali talak boleh membawa kepada talak dua, kecualilah suami itu menyebut sedemikian sebagai keterangan kepada yang pertama, maka ia jadi talak satu. (Seperti diibaratkan, aku ceraikan kau dengan talak satu.. dan dia ulang balik sebagai penegasan; aku ceraikan engkau dengan talak satu)

Dalam sesi perbincangan suami ada menyebut contohnya; aku ceraikan kau... ia bukanlah satu lafaz cerai yang ditujukan untuk cerai/talak, maka tidak terjadi talak berkenaan.

Soal gangguan emosi dan hasutan syaitan, saya tidak dapat membuat kesimpulan di sini kerana ia susah hendak diukur. terpulang kepada keadaan suami dan isteri ketika itu, jika benar-benar mereka tidak sedar diri dan ia adalah rasukan syaitan hingga terkeluar lafaz talak, maka ia tidaklah menjatuhkan talak. (Orang gila tidak terkena taklif kepadanya, keadaan seperti orang gila juga tidak terkena taklif)..

Sila rujuk juga kepada mereka yang lebih arif dlm hal ini.
tk


Visitor IP: 14.1.200.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA