Nama*: | Ana |
Tajuk*: | Kekeliruan Tentang Permasalahan Zihar |
Message*: | Salam Ustaz, Saya ada beberapa kekeliruhan tentang zihar : 1) Anggota manakah yang dikira zihar? Saya ade terbaca beberapa pendapat...Ada yang mengatakan seluruh badan...Ada yang mengatakan hanya anggota aurat sesama mahram dan sebagainya sahaja...Yang mana satukah yang menjadi pegangan kita sebagai pengikut mazhad syafie? 2) Sudah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita, bila ade baby baru lahir, ramai yang akan cakap baby nie IKUT muka sebelah sekian-sekian...Jika yang bercakap itu adalah si bapa, adakah itu jugak dikira zihar? 3) Jika seorang isteri menyamakan dirinya sendiri dengan mahram suami, kemudian si suami cakap "ya" atau "betul", adakah perkataan "ya" atau "betul" itu dikira lafaz soreh? Ade pendapat yang mengatakan soreh...Ada pendapat yang mengatakan ianya kinayah yang mana perlukan niat...Yang mana satu yang betul ustaz? 4) Saya pernah terbaca "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Jamadilawal 1423 bersamaan 30 Julai 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Zihar Di Kalangan Umat Islam Melayu Di Malaysia. Alhamdulillah fatwanya: "Sekiranya suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahramnya (orang yang haram dinikahinya) tanpa niat zihar dan untuk tujuan bergurau atau penghormatan maka ia tidak jatuh zihar, tetapi jika ada niat zihar, maka jatuhlah hukum zihar. Walaubagaimana pun budaya atau amalan seperti ini hendaklah dijauhi. " Dari pemahaman saya berdasarkan ayat di atas, maksudnya tak kiralah lafaz soreh atau tak, sikiranya tiada niat, maka tidak jatuh zihar...Adakah betul pemahaman saya? Apa yang dimaksudkan dengan penghormatan dalam ayat di atas? Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih. |
File Upload: |
Salam
1. Anggota zihar seperti yang saya tahu adalah seluruh badan kecuali kuku dan rambut kerana kuku dan rambut neturenya sama sahaja pada semua orang.
2. Kes menyamakan bayi dengan iras bapa atau emak, ia tidaklah zihar. Zihar berlaku apabila suami menyamakan emaknya atau mahramnya dengan isteri dengan niat zihar atau niat benci dan jelek...
3. Kes ini tidak dikira zihar.
4. Zihar wujud dalam budaya Arab kerana kebencian kepada isteri yang buruk disamakan dengan pungggung emaknya yang kelihatan buruk (mcm tong beras.. op maaf).. dan ia tidak berlaku pada budaya kita. sebab itu kenyataaan fatwa ini dijelaskan seperti itu.
saya sependapat dengan fatwa berkenaan.
tk
Visitor IP: 183.171.174.104
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.