Soalan: cerai tanpa lafaz
Nama*: | zaza |
Tajuk*: | cerai tanpa lafaz |
Message*: | suami dan saya pernah tidak tinggal sebumbung dan pada masa yang sama suami telah menjalinkan hubungan dengan teman wanita baru nya...dan disebab itulah kami begaduh dan tidak tggal sebumbung selama setahun 6 bln...tapi 5 bln kebelakangan ni kami telah tinggal bersama kerana tiada lafaz cerai semase kami berpisah.setelah suami buat pengakuan dia sudah tiada apa2 hubungan dengan teman wanita nya...saya berani untuk tggal bersama nya semula...tapi pada suatu hari sy terbaca msg di hset suami saya semase dia menjalinkan hubungan dengan teman wanita nya,suami mengaku pd teman wanita nya yang dia telah mencerai kan saya 6 bln semase mereka menjalinkan hubungan....apakah hukumnya ustaz??jatuh talak ke tidak??saya pernah ajak suami ke mahkamah..tapi dia berdegil tidak mahu pergi..katanya tiada lafaz ,jd tiada lah perceraian..saya cuma nak kan pengesahan...sebab saya tidak mahu kehidupan kami ber2 dalam keadaan ragu2... |
File Upload: | |
Visitor IP: 175.139.208.70
Follow @emfteam on Twitter |
FacebookPowered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.