Saturday, February 28, 2015

Soalan: lafaz takliq

Nama*:az
Tajuk*:lafaz takliq
Message*:Pd 25.2.2015 pukul 1.02 sy telah lafazkan rujuk untk kali ke 2 dn pg tu kami bergaduh disebabkn isteri mahu blik ke kmpg tp sy tidak benarkan krna kerja dn pd 26.02.2015 pukul 9.30 pg tlh kami bertengkar sy mahu isteri saya patuh pada arahan saya dan isteri kata klu xbgi dia keluar je...isteri tetap nak keluar dn saya cba mghalang isteri supaya patuh pada saya sehingga sya terpukul kerana dia msh brdgl dn apabila keadaan makin jd teruk sy kata ko jgn keluar atau klu ko kluar dgn kaki kanan skrg ni jatuh talak sy berkata bgitu supaya dpt mnghalangsi isteri dn sterusnya patuh pd prnth saya..lalu si isteri brkata jgn cabar aku dgn perasaan marah terus keluar rumah....adakah sah lafaz saya tu??
File Upload:

Salam

Hari-hari bergaduh... ini sudah gawat dong...

Suami kena banyak bersabar dan lebih tenang dalam apa jua keadaan.

apabila suami telah meletakkan syarat, isteri tak boleh keluar, jika keluar jatuh talak, maka ia akan terjadi dan terjatuhlah talak dengan satu talak.

saudara kena rujuk kes ini ke pejabat agama bg mendapatkan kepastian. pada saya apa yang saya faham, ia telah menjatuhkan talak kerana isteri telah melanggar taklik yg saudara tetapkan.

tk

Visitor IP: 113.210.2.66,168.235.197.206

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA