Soalan: Pertanyaan tentang syarat Wali hakim kerana ayah tidak mau datang untuk menjadi wali pernikahan saya
Nama*: | hidayah |
Tajuk*: | Pertanyaan tentang syarat Wali hakim kerana ayah tidak mau datang untuk menjadi wali pernikahan saya |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz
Soalan 1
Layakkah sy memohon wali hakim kerana ayah tidak mau datang untuk menjadi wali pernikahan saya?
Soalan 2
Cara-cara memohon wali hakim?
Soalan 3?
Ayah saya pernah cakap yang di akan mewalikan saya hakim sekiranya saya kirimkan dia wang sebanyak rm500? dan apa yang harus sy lakukan? *hanya minta pandapat ustaz apa yg harus sy buat untuk membolahkan sy nikah.
p/s: Harap ustaz dapat jawab dengan segara,Saya nak urus perkhawinan pun susah di sebabkan ayah x mau balik .terima kasih… |
File Upload: | |
Salam
1. Jika wali benar tidak mahu menikahkan anaknya tanpa alasan syarie, maka bolehlah berwalikan wali hakim. kena beritahu wali hakim keadaan ini...
2. Jumpa pegawai berkenaan di pejabat agama atau Juru Nikah bagi sesetengah tempat atau Pak Imam yang bertauliah untuk menikahkan orang.
3. soalan ini tak berapa nak jelas... apa pun perlu segera membawa kes ini ke pengetahuan pejabat agama utk diselesaikan.
tk
Visitor IP: 202.162.7.34
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.