Thursday, February 26, 2015

Soalan: jatuh ke talak keatas saya

Nama*:herlisa
Tajuk*:jatuh ke talak keatas saya
Message*:Sy isteri ke-2,umur sy 28 tahun..suami 34tahun..usia perkahwinan kami 2 tahun..dkurniakn 2 0rg her0 y hns0me2 c0mel dan bijak.. :)

Penceraian kami y pertama..mhkmh sahkan jatuh talak 1 (Suami curang)
ayt y dgunakn selepas lafaz cerai pd sy
(Lepas nie aku angkat semua kain baju aku)

Pertengkaran kami kali ini melalui sms pula..(sbb y sama suami curang dan curang) kaki perempuan..kaki club.

Dlm pertengkaran kami,suami ada menghantar sms pada sy y berbunyi..

Suami: aku lepas kan kau
ceraikan kau
Ptg nnti aku angkat semua kain baju aku..pepandai kau
nak hidup anak beranak lepas nie.
( sy berada di rumah akk,bawa ank2 g urut krn demam)

* sy keliru kerana pernah kami bergaduh besar dia angkat semua kain baju dia..bgitu juga penceraian kami y pertama,dia angkat semua kain baju dia..tp kali nie,apabila sy balik rumah sy dr rumah akk..sy dapati kain baju dia masih ada dan x terusik lngsung..mungkinkah ayt cerai y dihantar ats sbb terlalu marah dan xberniat untuk menceraikn sy..tp hari ini turn sy..hr pertama turn sy slpas kami bertengkar suami x pulang..

soalan sy,adakah jatuh talak terhadap sy? krna sy khuatir jika jatuh talak,apabila dia balik kerumah nt dia sentuh sy sperti kami msh suami isteri y sah tanpa merujuk terlebih dahulu..mohon pencerahan,terima kasih
File Upload:

Salam.

Lafaz suami yang jelas 'aku lepaskan kau, ceraikan kau' ia sudah cukup jelas untuk menjatuhkan talak satu ke atas puan.

soal angkat kain itu soal lain, tetapi lafaz yang jelas spt di atas adalah sudah cukup untuk menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 183.171.164.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA