Monday, February 2, 2015

Soalan: SUAMI TIDAK SUKA MAK MERTUA BEGITU JUGA SEBALIKNYA

Nama*:AIRIN
Tajuk*:SUAMI TIDAK SUKA MAK MERTUA BEGITU JUGA SEBALIKNYA
Message*:SALAM EN,
SAYA DALAM DILEMA, SEMALAM SUAMI SAYA BERTERUS TERANG SEBAB DIA SELALU MARAH KALAU SAYA TANYA APA2 BERKENAAN KELUARGA SAYA PADA DIA. DIA CKP DIA SELALU MARAH2 SEBAB DIA RASA MAK SAYA TAK SUKAKAN DIA.DIA XNK BALIK KAMPUNG SEMENTARA WAKTU SBB DIA TAKUT XIKHLAS BALIK DAN TAKUT TERKELUAR PERKATAAN TAK ELOK PADA MAK SAYA. SUAMI SAYA JUGA JENIS PANAS BARAN ENCIK. BILE DIA MARAH SY SELALUNYA MESTI PASAL HAL KELUARGA SAYA DIA KATA MCM2 PADA SAYA. NAK CARI PEREMPUAN LAIN LA, BENGONG LA, KAU AKU DGN SAYA. DAN ADALAH PERKATAAN LAIN, YANG AMAT AMAT MENYAKITKAN HATI SAYA. SAYA RASA MACAM XDA PERASAAN SAYANG PADA DIA LAGI USTAZ. SAYA DH JADI ISTERI YANG SOLELAHAH MENGIKUT SEGALA KEHENDAK DIA. TP SAYA RASA XBOLE SAYANGKAN DIA LAGI. APA YANG PERLU SY BUAT ENCIK. MINTA PANDANGAN.
File Upload:

Salam..

Semua pasangan suami isteri ada masalahnya. tak pernah yang sunyi aman damai. ada je gelodak yang terhambur, cuma kenalah pandai cover apa yang patut..

Jika suami tidak suka keluarga kita, tak apa.. usah dipaksa yang penting dia suka dan sayang pada puan dahulu.. pujuklah dia untuk mengasihi sesiapa sahaja, tidak kira emak mertua atau orang tua dan sesiapa sahaja... itu yg lebih baik.

buat masa ini, usah balik dulu ke rumah emak puan, jika itu yang menjadi puncanya.. tenangkan dahulu semoga ada hati yang lembut akan kembali bertaut..


Isteri solehah kenalah banyak sabar.. banyak doa dan tawakalnya...

Visitor IP: 103.245.88.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA