Nama*: | hani |
Alamat Email: | hani@yahoo.com.my |
Tajuk*: | mengulangi lafaz taqlik |
Message*: | Soalan 1 : Salam ustaz...selepas akad nikah, pengantin lelaki akan membaca lafaz taqlik dan tandatangan... Masalah saya ialah: selepas 3 hari saya nikah, saya dengan sengaja tanya suami kandungan lafaz taqlik itu..masa tu kami dlm kereta dan suami yg drive...suami pun mengulang kembali lafaz itu...saya dengar tp mcm khayal....lepas sampai dirumah, saya tanya balik pada suami " tadi abg lafaz ada tak sebut Jika dia mengadu kpd mahkamah dan mahkamah mendapati ianya benar, maka jatuhlah satu talak keatasnya".. Suami pun ckp entah mcm ingat2 lupa...saya pun yg dgr ni mcm ingat2 lupa... Apa hukum taqlik itu? Adakah diterima paka..sbb saya dan suami lupa ada tak sebut ayat yg mahkamah tu.. Mohon pendapat ustaz... soalan 2 : Kawan saya ni nak kahwin..jd saya ngusik dia ha nanti lepas nikah, kau kena baca lafaz taqlik...die pun tanya pada suami saya taqlik apa? suami saya pun pergi kearahnya dan bercakap seperti berbisik ke telinganya... Adakah taqlik terpakai semasa suami menjelaskan kpd kawan saya tu? Saya tak dengar semasa mereka berborak.. Mohon pendapat ustaz |
File Upload: |
Salam
Lafaz taklik seperti apa yang ada tertulis dalam surat nikah puan. Sila rujuk kembali kepada apa yang tercatat kerana lafaz itulah yang benar dan sah.
Kebiasaannya lafaz taklik dikaitkan dengan pengabaian nafkah selama 4 bulan berturut-turut dan kes ini dibawa ke mahkamah maka jatuhlah talak satu..
Penjelasan oleh suami puan kepada sahabatnya itu tidaklah dianggap taklik. Taklik terjadi apabila suami sah menjadi suami dan ada isterinya... dia sebutlah apa-apa lafaz yg dikaitkan dengan cerai, akan terjadilah taklik...
salam.
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.