Nama*: | Farahana |
Alamat Email: | mavelesfabeles@gmail.com |
Tajuk*: | SMS |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz, Sebelum kami berkahwin, pernah kami bergaduh dan bakal suami pernah cakap "kalau macam ni lah, 2 bulan je kita kawin, pastu cerai". Alhamdulillah, akhirnya kami diijabkabul juga. Baru-baru ini, kami ada bergaduh lagi. Saya marah dan tegur mengenai hal yang dijanji tidak akan buat lagi selepas kami berkahwin. Pergaduhan berterusan melalui Pesanan Khidmat RIngkas (SMS). SMS tersebut diringkas lagi seperti ini: Saya: Saya tak nak ditipu lagi. Saya nak cerai. Cukup dah 2 bulan ni. Saya: Lagi seminggu je cukup 2 bulan. Saya tak nak kena karma pasal layan awak macam ni.. Tapi, sebab awak juga buat pasal dengan saya. (maksud SMS kedua ni adalah, saya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kerana teguran saya tadi menyebabkan kemarahan dan hal itu adalah kerana mungkir janji suami saya tadi.) Suami: OK. Ustaz, saya ingin mendapatkan pandangan Ustaz, adakah telah jatuh talak kerana suami berkata "OK". Bila ditanya kepada suami, dia tidak bermaksudkan SMS saya yang pertama tetapi "OK" untuk SMS yang kedua. Saya ragu-ragu dalam hal ini kerana SMS kedua adalah kesinambungan SMS pertama. Saya juga minta pandangan ustaz mengenai lafaz suami sebelum kahwin iaitu "… 2 bulan je kita kawin, pastu cerai". Adakah itu juga boleh jatuh talak? Soalan saya yang terakhir, tetapi ini isu lain. Saya pernah terbaca suatu artikel/cerita tetapi tidak ingat di media elektronik atau media cetak. Isu tersebut adalah mengenai seorang suami yang mengakui dirinya bujang atau mengiktiraf bujang kerana ketiadaan isteri. Contohnya, suami berkata kepada teman-temannya, "Aku bujang sekarang, bini aku balik kampung…" atau teman-teman si suami berkata, "wah jadi bujanglah kau sekarang, isteri kau di kampong…" dan si suami mengiyakan kata-kata temannya. Adakah jatuh talak? Saya harap Ustaz dapat membantu saya. Terima kasih Ustaz. |
File Upload: |
Salam...
He he... best juga cerita ni..
saya rasa lah.. sms tu yang salah, kita kena hentikan sms tu lah...
(maaf puan, saya tak jawab soalan ini lagi.. nanti saya sempat saya baca dan amati isu ini.. maaf)
tk
Jawapan OK yg suami puan sebutkan itu tidaklah menjatuhkan talak. Ia mungkin sekadar OK tanpa niat apa-apa berkaitan cerai.
Isu kedua, ia tidaklah menjatuhkan talak kerana maksud bujang di situ ialah keseorangan sahaja, isteri tiada di sisi. bukannya cerai.. so. tak jatuh talak..
cuma perlu berhati-hati dalam kata-kata...
tk
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.