Tuesday, April 1, 2014

Soalan: Berkaitan Taklid

Nama*:Amirudin Solihin
Alamat Email:amin81saibin@yahoo.com
Tajuk*:Berkaitan Taklid
Message*:Assalamualaikum wbk.

Saya mohon penjelasan daripada tuan, selepas saya bertengkar dengan isteri, saya telah mentaklidkan dengan lafaz cerai talak 3, atas dasar isteri tidak mengizinkan saya menggunakan kunci termasuk kunci keretanya sendiri. Atas niat, memandangkan kereta kepunyaan isteri tersebut, sambil melafazkan taklid serta menyerahkan kunci kereta kepada isteri, saya pun tidak menyentuh lagi kunci dan menggunakan kereta isteri..

Persoalannya, selepas berbaik dgn isteri jatuh ke talak saya sekiranya isteri ingin menjual dan menukar namanya kepada saya dan bolehkah saya memakai kereta tersebut selepas menjadi milik saya..

Terima kasih ustaz
File Upload:
Visitor IP: 115.164.87.75

Salam

Kenapalah tuan buat macam tu.. Kalau ya pun marah dan bergaduh, rasionallah sikit. Kalau nak bertaklik pun, buatlah pada perkara yang munasabah. Ini kan dah jadi susah.

Susah tak boleh sentuh lagi kunci kereta kepunyaan isteri, susah tak boleh lagi naik kereta kepunyaan isteri.. kan susah tu...

Taklik yang dilafazkan adalah sah dan ia perlu dipatuhi oleh suami, jika tidak akan menyebabkan jatuhlah talak tiga ke atas isteri.

Apabila berbaik semula sekalipun, taklik berkenaan masih berlaku dan masih sah dan dikira. Oleh itu tuan tidak boleh memegang kunci berkenaan dan menggunakannya.

Senang cerita, isteri tuan jual sahaja kereta tu dan belikan kereta baru.. kunci baru tu tak termasuk dalam lafaz taklik yang tuan sebut...

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA