Soalan: wali pernikahan
Nama*: | dayah |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | wali pernikahan |
Message*: | Saya nak tanya..syarat wali mestilah adil ( tidak fasiq).. Masa saya nikah 4 tahun lepas, ayah saya yg jadi wali dan diwakilkan kepada imam...saya dan keluarga tahu ayah tak solat dan puasa...semasa akad nikah dijalankan di masjid, ayah tak hadir sebab dia dah wakilkan kepada imam...dan semasa akad nikah dijalankan, saya tak dengar pun mereka yang hadir beristifar..
Sah tak pernikahan saya ni sebab saya dah ada 2 orang anak..
Adakah saya selama ni dikira berzina? |
File Upload: | |
Visitor IP: 1.9.103.200
Salam
Pernikahan puan adalah sah dengan sebab walinya telah ada dan dibenarkan pula oleh imam (sebagai wakil wali) pada majlis akad berkenaan.
Soal fasik atau tidak, ia diluar jangkauan kita.
Wallahuaklam.
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.