Nama*: | nur |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | mohon pandangan |
Message*: | SOALAN 1 Asssalammulaikum ustaz, Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya. Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau. Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri) Soalan : 1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri) 2. Saya ada bertanya kpd suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri ).. abg (suami) tujukan kpd orang dlm TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki ) 3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini? SOALAN 2 Assalammualaikum..ustaz Saya ingin tanya tentang lafaz kinayah yg berkaitan dengan talak. Saya dan suami bertengkar, suami marah-marah dan tinggi suara dan berkata " kalau dah tak nak jaga anak, keluar ( berambus ) dari rumah ni..aku tak nak tgk muka kau lagi...jgn berani jejak kaki kat rumah ini lagi.."..suami berkata secara berulang.. Kemudian, bila suami dah reda...saya dan suami pun berbaik semula. Suami kata " abg sayangkn awak"..jgn buat lg tau. Kemudian saya pun tanya suami melalui sms . Isteri : abang tadi ckp mcm tu sbb nak beri amaran pada saya atau abg DAH TAK NAK SAYA LAGI ? suami : Bagi amaran. Abang sayang awak sangat-sangat lar..Jatuh talak atau tidak? SOALAN 3 Kemudian selang 7 bulan kemudian..saya bertengkar lagi dengan suami. Suami marah saya kerana saya telah memalukan dan menjatuhkan maruahnya di hadapan keluarganya..Suami marah dan terus berkata seperti berikut: 1. Kemas baju sekarang dan keluar dari rumah ni 2. pergi balik ke rumah mak ayah kau 3. tak ada kau pun aku boleh hidup lar..aku boleh hidup tanpa kau.. 4. Kang aku hantar kau balik kampung kang 5. Abang telefon ayah kau sekarang ...suruh dia datang ambil kau Kemudian bila sudah reda..saya pun message suami guna handphone..dan bertanya mengenai ucapan suami semalam..kandungan message seperti berikut: Isteri: setiap kali gaduh, abang mesti cakap keluar dari rumah ni..saya nak tahu maksud abang cakap macam tu Suami : Bukan yang tu...(cerai)..Abang hantar balik kampung..nanti abang ambil balik..abang tak ada niat tu lar... Soalan: adakah situasi tersebut boleh terjadi jatuhnya talak @ cerai. Mohon penjelasan ustaz tk. |
File Upload: |
Salam puan,
Soalan 1 tu taklah jatuh talak ke atas puan kerana ia tidak ditujukan kepada puan.
Soalan 2: tidak juga jatuhkan talak... ia kan ugutan.. hehe..
soalan 3: Lafaz kinayah seperti itu memerlukan niat daripada suami untuk talak. Jika suami sudah jelaskan ia tidak bermaksud talak, maka tidaklah jatuh talak.
tk
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.