Soalan: adakah tindakan saya dianggap nusyuz?
Nama*: | iela |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | adakah tindakan saya dianggap nusyuz? |
Message*: | Assalamualaikum.
Saya telah dihalau oleh suami supaya keluar dari rumah. Setelah 2 bulan keluar dari rumah, suami mengajak saya balik ke rumah kami semula. Saya bertanya kepada suami sebab apa dia mahu saya kembali dan dia menjawab dia nak kami tinggal bersama selagi kes mahkamah belum selesai. Jika saya menolak ajakan suami untuk kembali ke rumah, adakah saya dianggap nusyuz sedangkan saya tahu yang dia akan failkan penceraian kami? |
File Upload: | |
Visitor IP: 203.217.176.36
Salam puan,
Dalam kes seperti ini, saya berpendapat eloklah puan kembali bersama suami puan. Ini kerana puan tidaklah diceraikan lagi dan masih sah sebagai suami isteri. Mungkin juga ajakan dia itu untuk memesrakan kembali hubungan dan mungkin ada jalan keluar yang lebih baik kepada puan.
DOakan semoga bahagia itu menjadi milik kita.
tk
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.