Nama*: | Nabilah Fatin |
Alamat Email: | nabilah.fatin.88@gmail.com |
Tajuk*: | sahkan cerai talak tiga dalam keadaan tidak waras akibat terlampau marah? |
Message*: | Assalamualaikum ustaz, Saya dan suami saya masih tidak mempunyai anak, dan sering berjauhan atas urusan pekerjaan, kami telah membina rumahtangga selama setahun..disebabkan tekanan keje kami dan tekanan dari pihak keluarga saya yang sering menghasut agar kami berpisah cepat, dan keadaan kami suami isteri yang hidup berjauhan selama berminggu malah berbulan pon ada..kami sering bertengkar.. Pada satu hari, kami bertengkar tp pertengkaran kali ini sangat dahsyat sehinggakan suami saya yang tidak pernah menjerit, menjerit bercakap dgan saya dalam telfon.dalam keadaan tidak sedar, tidak sengaja melafazkan talak tiga kepada saya dalam telfon. Beberapa saat kemudian die menelefon kembali dan meminta maaf die tersilap dan sgat meyayangi saya.. kami banyak merujuk ustaz dan ustazah dan disebabkan suami saya mejatuhkan talak tiga dalam keadaan yang jelas, kami tahu memang sebenarya , sepatutnya jatuh talak namun atas ketidakwarasan akal nya...dalam situasinya begitu marah sehingga tidak sedar akan ucapannya kepada saya, kami berusaha merujuk ramai ustaz dan ustazah yang mahir ilmu perkahwinan ini dan kami juga banyak membaca sendiri..neh antara yang kami dapat cari. dukacita dan amat sedihlah sekiranya kami terpaksa berpisah disebabkan hal yang tidak disengajakan ini..kami masih saling menyayangi dan tidak ubah seperti pasangan yang saling bercinta..saya dan dia amat sukar dan amat sedih serta tidak dapat menerima hakikat sekiranya kami tidak dapat meneruskan kehidupan kembali seperti suami isteri yang sah.. Saya dan suami serta keluarga dia menyakini kami masih suami isteri lagi dengan dalil yang kukuh: Ibn al-qayyim berpendapat marah ada tiga keadaan yang berbeza dan hukum penceraian ketika itu bergantung pada marah juga...pertama, marah yang dapat dikawal perasaan dan fikiran sepenuhnya. talak yang dilafazkan pada ketika ini dihukum jatuh dan tidak ada sebarang keraguan padanya. kedua, marah yang sampai tahap seolah olah hilang akal, kira-kira ia tidak lagi sedar apa yang diucapkan pada ketika itu. talak yang dilafazkan ini disepakati ulama sebagai tidak gugur, kerana ia disamakan dengan orang gila yang hilang akal dan tidak lagi memikul beban taklif. Nabi s.a.w bersabda: taklif diangkat daripada tiga kumpulan: orang tidur sehingga jaga. Kanak kanak sehingga usia baligh dan orang gila sehingga siuman. Ketiga, marah yang berada pada tahap antara tahap yang pertama dengan kedua, mara pada taap ini diperselisihkan ulama pada hukumnya. muslihat dan kepentingan anak-anak yang masih kecil juga seharusnya diambil kira. sebahagian ulamak berpendapat gugur talak yang dilafazkan ketika suami yang sedang marah, kerana perasaan marah masih boleh dikawal oleh seseorang, malah orang marah tidak termasuk dalam senarai orang yang terkeluar daripada beban taklif. sekumpulan ulama lain pula berpendapat tidak gugur talak berdasarkan dalil berikut: hadis riwayat aisyah r.a yang disebut terdahulu dan membawa maksud: tidak gugur talak dan sah memerdekakan hamba ketika marah. hadis ini diriwayatkan oleh ahmad 6/276, abu dawud, bilangan 2/193, ibn majah bilangan 2/046, al hakim 2/198 dan lain lain. maksud ighlaq ialah terpaksa atau terkunci fikiran hilang hilang waras. Ahamad dan Abu Dawud menafsirkannya dengan marah. Ini menunjukkan talak pada keadaan mara sgat tidak gugur, kerana gangguan itu menghilangkan kewarasan fkiran. Hadis ini walaupun dihukum daif oleh kumpulan pertama atas alasan Muhammad Ibn Ubayd yang lemah, namun kelemahannya tidak disepakati. Ramai lagi ulama yang menganggapnya sebagai sahih dan tiada cacat seperti Ahmad dan Ibn Ma'in. Mereka menerima hadis ini dan mengambil keputusan hukum, sebagai tidak gugur talak suami dalam keadaan yang sgat marah. Dalam al-quran menyebutkan ayat yang bermaksud : Allah tidak mengira salah kamu bersumpah tetang sumpah sumpah kamu yang tidak dimaksudkan untuk bersumpah, tetapi ia mengira kamu bersalah dan mengenakan hukuman dengan sebab sumpah yang disengajakan oleh hati kamu- al-baqarah:225. Ayat ini membezakan di antara sumpah yang sengaja dan tidak sengaja. Para ulama mengatakan talak sama hukumnya dengan sumpah. Jika dilafazkan dengan sengaja, nescaya gugur, sebaliknya jika tidak sengaja, nescaya tidak gugur. Jadi, bagi saya dalil diataskan kukuh untuk menyatakan kami masih lagi suami isteri secara sah, dan kami masih lagi hidup dengan yakin sebagai suami isteri yang sah..namun saya masih lagi perlukan pendapat dan pandangan dari ustaz. sekian,wallahualam. |
File Upload: |
Salam puan,
Seperti yang saya baca begitulah juga hukumnya, kemarahan yang terlampau mengugurkan maksud dan makna talak dlm kes ini.
Kepada Allah kita kembali.
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.