Wednesday, May 7, 2014

Soalan: was was

Nama*:suraya
Alamat Email:su_78@yahoo.com.my
Tajuk*:was was
Message*:salam ustaz...saya ada masalah dlm talak...
Sebelum ni saya dah tanya hampir 10 orang yg mahir agama dan semua kata talak tak jatuh..
Perlukah saya yakin yg talak tak jatuh?
Salahkan jika saya tak buat pengesahan lafaz cerai di mahkamah
Adakalanya saya selalu was was. boleh tak ustaz bagi petua hilangkan wass was selain berzikir..
tk
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.115

Salam.

ginilah.. pertamanya kena bina keyakinan diri sendiri. Yakin dengan apa yang dibuat, yakin dengan hokum yang telah dijelaskan. Yakin dengan kata putus bahawa ia benar atau salah.

Usah dilekakan lagi dengan mainan syaitan.

Bila tak yakin, syaitan akan masuk dan rosakkan pegangan kita. Esok-esok akidah Islam pun tak yakin jadinya.. Bahaya tu.

Cuba gengemkan tangan dan hentakkan ke kepala kuat-kuat dan katakana AKU YAKIN dengan apa yang aku tahu... hendak dua tiga kali ke kepala dan sebutkan AKU YAKIN...

sbb kita ni dimanjakan sangat oleh syaitan, sbb tu kena hentak kepala..supaya diri sendiri mau ingat..

.. zikir tukena teruskanlah.. tak kan sekali zikir semua jadi baik.. hehe

ok tq


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA