Soalan: mandi wajib
Nama*: | rina |
Alamat Email: | rina88@yahoo.com.my |
Tajuk*: | mandi wajib |
Message*: | salam ustaz..nk tanya mengenai mandi wajib.
saya akan mandi biasa dulu kemudian baru mandi wajib..
selepas siap mandi dan badan pun dah kering, saya pun solat subuh.
Selepas selesai solat, saya pun tengok dan perasan di celah celah / di tepi kuku jari tangan saya seperti ada tompokan / sisa sabun yg telah kering dan boleh dikikis..
Adakah mandi wajib saya tu SAH?
Adakah sisa/tompokan sabun tu boleh menghalang air sampai ke kuku? sebab semasa mandi, saya tgk kuku saya bersih je..bila dah kering baru nampak.
Mohon Penjelasan |
File Upload: | |
Visitor IP: 1.9.103.6
Salam
Sabun tidaklah menghalang air sampai ke anggota badan, oleh itu mandi wajib adalah sah.
Mandi dan mandi wajib tidak perlu diasingkan. Sekali sahaja niat utk mandi wajib dan mandilah dengan meratakan air ke seluruh anggota badan. Bolehpun bersabun dan bersampu utk mandi wajib.
Islam itu mudah hanya kita yang menyusahkan
tk
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.