Monday, April 14, 2014

Soalan: Lafaz - urgent

Nama*:Mariza
Alamat Email:mutiara_911@ymail.com
Tajuk*:Lafaz - urgent
Message*:Assalamua'alaikum wbt,
Saya telah menghantar soalan pertama saya ke Portal IslamGrid seperti berikut:


Assalamualaikum
Suami saya telah berkata 'saya nak bercerai denagn awak' semasa kami bertengkar. Dia juga telah menyatakan sebab-sebab mengapa dia patut bercerai dengan saya (bermakna dia sedar dan ada niat). Apakah jatuh talak pada diri saya?


Jawapan dari Portal IslamGrid:

On Sun, Dec 8, 2013 5:18 AM PST Kemusykilan Agama IslamGRID wrote:


>Anda menerima email ini kerana anda telah menghantar soalan kepada Sistem Kemusykilan Agama di portal IslamGrid pada 08/12/2013 5:44 PM.

>Untuk makluman, soalan anda telah dijawab.
>Jawapannya adalah seperti berikut:
>Waalaikumussalam. Terima kasih kepada yang bertanya.
>Merujuk kepada soalan anda, lafaz yang dinyatakan adalah secara sarih. Oleh itu, panel menasihatkan agar anda segera memohon pengesahan lafaz talak di mahkamah syariah berdekatan bagi mengelak kesulitan pada masa hadapan.
>Wallahua'lam
>Untuk makluman, soalan anda tidak akan dipaparkan di laman web Kemusykilan Agama IslamGrid kerana Panel menganggap soalan tersebut terlalu peribadi.
>Sila gunakan no rujukan 0tqeh untuk sebarang tujuan komunikasi selepas ini.
>Terima kasih kerana menggunakan Sistem Kemusykilan Agama IslamGRID.
>Panel Kemusykilan Agama, IslamGrid.
>Nota: Jika anda dapati bukan anda yang menghantar soalan tersebut, sila abaikan email ini.


Sekarang, saya ada soalan susulan tapi saya tidak dapat menghubungi Portal IslamGrid lagi.

Saya berharap akan mendapat jawapan disini. Sekian terima kasih.

Soalan saya:

Saya telah memberitahu suami saya mengenai pertanyaan saya ini dan jawapan yang telah saya terima. Suami saya berkata bahawa dia tidak mempunyai niat untuk menceraikan saya pada masa itu. Itu cumalah kata-katanya untuk memberitahu saya bahawa dia 'upset' dengan saya. Disini saya ingin bertanya lagi, berdasarkan ucapan suami saya itu (lafaz sarih), perlukah disertakan niat sekali?

Apakah status saya sekarang?

Terima kasih kepada pihak tuan yang telah mengambil perhatian dan menjawab soalan saya.
File Upload:
Visitor IP: 60.48.219.12

Salam.

Jika itulah ucapan suami (Saya nak bercerai dengan awak) pada ketika pergaduhan berkenaan, pada pendapat saya ia tidak menjatuhkan talak kerana belumpun lagi dilafazkan cerai oleh suami. Masih dalam keadaan NAK CERAI.. belum CERAIKAN KAU SEKARANG...

Jika penjelasan suami puan seperti itu, maka ia membenarkan lagi ucapan yang dilafazkan itu bukanlah dengan tujuan untuk cerai, tetapi amaran kepada puan.

tk



Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA