Tuesday, April 1, 2014

Soalan: ingin penjelasan

Nama*:saniah binti kassim
Alamat Email:saniahkassim82@gmail.com
Tajuk*:ingin penjelasan
Message*:Saya nk tnya smda sudah jtuh talak atau belum iaitu saya dan suami bergaduh d msg..suami saya ada tulis 'kalau kmu ada berwatsapp atau msg dgn lelaki lain yg saya tidak knal, kita bercerai'..mslhnya sy suda bgtau dia memg sy ada bermsg/watsapp ngan lelaki lain tp kwn sahaja di mana msg tersebut tidak ada unsur-unsur curang..adaka msg yg suami sy tulis sah atau tidak..kalau sah, apa kmi perlu buat ya ustaz sbb suami sy tiada niat tulis begitu sekadar mengugut pada mulanya..tolong kami ustaz?
File Upload:
Visitor IP: 68.171.236.152

Salam

Boleh difahami pada msg suami itu ialah perlakuan curang. CURANG itu yang dibenci oleh suami. Tetapi jika kawan sekerja dengan tiada niat curang, saya berpendapat ia tidak termasuk dalam kategori berkenaan yang menjatuhkan talak. Walaupun ia kalimah yang umum tetapi maksud tujuan adalah bagi mengelakkan kecurangan puan..

Pada saya, puan bolhe berhubung dengan lelaki lain tetapi dengan tanpa niat curang...

wallahuaklam


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA