Soalan: musykil dengan talak
Nama*: | Firdaus |
Alamat Email: | budakgie88@gmail.com |
Tajuk*: | musykil dengan talak |
Message*: | Assalammualaikum ustaz..
Saya ada satu persoalan..
situasinya begini...Suami A berada di bilik bersama isterinya. Si suami menyuruh isterinya mandi dengan kadar segera untuk membawanya ke klinik. Isterinya cuba melengah2 lengahkan waktu. Dalam perbualan itu, si suami berseloroh dengan niat bergurau sahaja dengan mereka satu cerita di mana beliau sendiri bermonolog mengatakan seperti ini : " kalau kita ke klinik nanti, doktor tanya siapa nie? Isteri awak ke? Si suami berkata lagi..Tak la ini bukan isteri saya..saya jumpa dia berselisih depan pintu tadi"..
si suami bercerita seperti itu kerana jika isterinya lambat mandi, pasti dia perlu pergi ke klinik dengan keadaan tidak mandi...
mohon penjelasan ustaz...adakah jatuh talak jika berkata seperti itu? di mana si suami hanya cuba bercerita jika isterinya tidak mandi dengan keadaan bergurau tanpa niat untuk menjatuhkan talak pon..
mohon pertolongan ustaz bagi membantu permasalahan ini.. |
File Upload: | |
Visitor IP: 60.49.190.113
Salam
Pada situasi seperti ini, tidaklah terjatuh talak dan ia tiada kaitan dengan talak pada perbualan jujur seperti itu..
tk
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.