Sunday, March 30, 2014

Soalan: masalah rumah tangga

Nama*:kamal
Alamat Email:mantoll@ymail.com
Tajuk*:masalah rumah tangga
Message*:Salam,
Saya ada masalah dengan isteri saya yang bertahun saya pendamkan. Situasi saya ialah isteri saya sering membangkang serta mengherdik saya di depan anak2. Malahan menjerit2 meminta cerai di depan anak setiap kali berlaku perbalahan. Sehingga anak yang kecil bila terdengar gaduh saja die sendiri mengungkapkan perkataan cerai di mana isteri saya memang tidak pernah menunjukkan sikap teladan yang baik di depan anak. Malah isteri saya seringkali menyumpah untuk kematian saya tidak kira waktu.

Sehingga pada satu hari bila isteri bergaduh depan anak saya saya menghantar message seperti berikut:

: Aku dah bosan hidup n ko ni
: Dah xde kebaikan
: Hidup asik nak gaduh je kan
: Ko rasa ko nak hidup camni rasa elok ko pilih jalan hidup ko sendiri
: Baik berpisah je
: Aku dah bosan hidup ari2 nak gaduh semua nak bangkang aku depan anak
: Rasa ini yang ko cari dlm hidup elok kite bercerai je
: Aku dh x sanggup hidup camni

Saya ingin bertanya, apakah status perkahwinan saya.

Terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 162.210.196.181

Salam

Ia bergantung kepada niat pada apa yang saudara ucapkan @ tuliskan. Jika ia bermaksud amaran an ugutan, maka ia tidak menjatuhkan talak, tetapi jika ia dimaksudkan cerai atau talak, maka jatuhlah talak berkenaan.

Hanya saudara yang tahu apa yang dimaksudkan daripada kata-kata kiasan yang dihantar.

Seperkara lain yang penting ialah keupayaan kita sebagai suami untuk mengawal keadaan. Mungkin juga kita selalu menengkingnya di hadapan anak-anak, maka sebab itu juga dia tidak hairan berbuat demikian. Elok dibincangkan bersama; usah bergaduh di hadapan anak-anak, tak baik.

Hiasilah rumah tangga dengan suasana Islam yang lebih aman dan elakkan daripada unsur lagha seperti muzik keterlaluan, hiburan dll... suasana Islam bisa mendamaikan rumah tangga kita.

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA