Nama*: | Faiz |
Tajuk*: | Tiada Niat |
Message*: | Salam Ustaz... Saya nak tanya : 1/. Perkara ini dah lama berlaku...Ketika saya menangis akibat gangguan dalam diri saya (gangguan was was), Saya berkata pada isteri saya " Abang taknak Sayang, Abang taknak kehilangan Sayang".Saya berkata begitu kerana Saya sayangkan Isteri saya. Saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz cuma was was yang kerap menganggu saya pada masa itu.Saya tidak ada niat. Jatuh atau tidak Ustaz? 2/. Perkara ini pun dah lama berlaku...Begini disebabkan gangguan was was, saya ada beritahu pada mak saya (Family saya tahu saya ada gangguan was was) "Kalau saya nak nikah balik semula.ok tak mak" (saya tak ingat ayat apa yang saya cakap, lebih kurang macam itu) kemudian mak saya marah pada saya lalu nasihatkan saya supaya berjumpa dengan Ustaz yang ingin merawat saya dan minta pendapat Ustaz, perlukah saya bernikah semula dengan isteri atau tidak? Saya berkata pada mak saya yang saya yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz...Saya benar2 yakin...Itu semua gangguan syaitan semata mata....Saya ada berjumpa dengan Ustaz yang dicadangkan oleh mak saya tetapi berjumpa sekadar berubat untuk menghilangkan penyakit was was dalam diri saya...Itu sahaja...Perlu nikah semula atau tidak, saya tak cakap dekat Ustaz tersebut sebab saya pegang pada Yakin...Yakin tidak lafaz dan Yakin Tidak terlafaz... Boleh Ustaz tolong jelaskan situasi diatas? Terima Kasih |
Salam
1. Ia tidaklah menjatuhkan talak.
2. Ok.. serupa lah tu..
Ubatilah penyakit anda. Perhatikan orang lain hidup aman kenapa anda terlibat dengan was-was. Hentikan melayan kerisauan dan lintasan yang mendatang..
tk
Visitor IP: 175.143.100.137
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.