Soalan: Jatuh talak atau tidak
Nama*: | Intan |
Tajuk*: | Jatuh talak atau tidak |
Message*: | Assalammualaikum ustaz..
Sy ada masalah dgn lafaz talik suami.. Dlm awal tahun ni kami ada begaduh besar kerana sy mendapat tahu suami menghabiskan duit baki bayaran rumah bermain judi mesin.. Sbb dah x tahan dgn sikap dia yg sll menipu sy dan perangai dia yg teruk sy bt keputusan nak mohon penceraian.. Tapi suami merayu dan memujuk sy. Dia mengatakan dia menyesal dgn perbuatan dia tu.. Bagi menyakinkan sy, suami telah lafas janji kalau dia bermain judi lg dia lepaskan sy..
Dan baru2 ni sy dapat tahu dia bermain judi. Dan kali ni bukan judi mesin tp judi online dlm hp. Suami menyifatkan dia tidak bermain cm memberi wang nya untuk kawan nya bermain judi tersebut n cuma tekan sekali dua saja.. Pada pandangan sy itu dikira bjudi juga. Tlg ustaz jelaskan. |
Salam
Jika benar-benar ucapan taklik itu sah dan diperkaui oleh suami, maka tindakan suami bermain judi lagi akan menyebabkan terjadinya talak taklik.
Jika takliknya menyebut secara umum sebarang bentuk judi, maka pejudian on line juga termasuk dalam maksud taklik berkenaan dan ia boleh menjatuhkan talak.
tk
Visitor IP: 115.164.215.228
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.