Soalan: Lafaz ijab & qabul
Nama*: | Fakrul |
Tajuk*: | Lafaz ijab & qabul |
Message*: | Assalamulaikum Ustaz... Saya ada seorang sahabat yang ada was-was tentang ijab kabul pernikahan dia. Semasa dia akad nikah dia igtkan tok kadi ingin buat cubaan akad nikah sebelum akad nikah yang betul-betul. Salah faham bila tok kadi berkata "kita cuba akad nikah". Salah faham juga disebabkan tok kadi tidak berjabat tangan maka pengantin lelaki igtkan akad cubaan (yang sebenar mmg tok kadi tidak jabat tangan kalau akad nikah) Namun ketika di tengah-tengah dia ucap qabul (ketika perkataan "mas kahwin") dia merasakan seperti tok kadi betul-betul akad memandangkan muka tok kadi nampak serius. Selepas habis lafaz semua saksi mengatakan SAH. Persoalannya: adakah sah qabul yg pada awal nya pengantin lelaki tersalah anggap sbgai percubaan tetapi tiba-tiba perasan yang akad yg sedang dilafaz adalah yg betul2 ketika sampai pada ucapan "mas kahwin".. Mohon bg pencerahan...sekian |
Visitor IP: 113.210.9.145
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.