Thursday, November 2, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Iz
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz...

Perkara ini sudah berlalu Ustaz...Namun saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz...Begini Ustaz...Saya ada beritahu pada rakan saya, ada gangguan yang mengatakan saya ada terlafaz...saya yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz...yang datang itu hanya dalam hati dan lintasan hati...selebihnya mainan was was...Kemudian rakan saya tanya pada saya yang isteri saya tahu tak (gangguan yang saya alami)...Saya jawab dia tahu...rakan saya kata dia (isteri saya) cakap apa?....Saya cakap dia nangis....Rakan saya berkata pada saya usah dilayan was was itu....kena yakin pada diri sendiri. Ustaz...saya ada beritahu pada Isteri saya yang saya alami gangguan menyuruh saya lafaz pada isteri...Ketika itu isteri saya menangis...Saya beritahu pada dia yang saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz...Saya benar2 yakin....Isteri saya yakin pada saya yang saya tidak lafaz dan tidak terlafaz...Dia juga yakin tidak dengar lafaz dari saya...Saya yakin dengan jawapan isteri saya yang dia tidak dengar lafaz dari saya....Lagipun saya memang tidak lafaz dan tidak terlafaz....Saya betul2 yakin Ustaz....


Soalan saya jatuh atau tidak Ustaz?


Terima Kasih

Salam

Usah dilayan mainan was-was. Ia penyakit yang menyusahkan hidup anda... Berpeganglah kepada keyakinan dan ilmu..

tk


Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA