Wednesday, November 22, 2017

Soalan: lafas talak melalu pangilan tlfon

Nama*:nuratika binti laimon
Tajuk*:lafas talak melalu pangilan tlfon
Message*:asalamulaikum ustas saya nuratika dari sabh.saya mualaf saya bingun kurang fahm dg urusan muis. kes saya dg suami.suami saya telah melafas kn cerai melalu pangilan berbunyi nuratika laimon aku cerai kan kau talak 3.pada hari itu juga saya pergi membuat laporan dimuis untuk sah@ tidak talak y suami sa lafas kn muis pn ambil keterangan kenapa;mgapa suami sa melafas kn talak.muis pn memberi sa surat untuk dibawa ke makamh rendah syariah.sa pn pergi ke makamah & makamh pn telah mendaftar kn kami untuk sebutan kes sa dg suami.berapa hari kemudian kmi pn dipangil & depan hakim apa y suami sa kata kn adala kehendak ny sndiri maka hakim sah kn kami jatuh talak 1.slepas tu makamh memberi sa notis ambil perintah makamh .bertarih notis itu sa pn datang & sa diberi kertas keputusan untuk dibawa ke muis bila sa tunjuk kn pada pegawi bertugas sa diberitau bahawa sa &suami kena pergi makamah & didenda sbp bercerai luar makamah sa betul3 tidak fahm sdang kn sa &suami telah pn disah kn oleh hakim jtuh talak satu..y membuat sa tidak faham knpa sa perlu naik makamh semula& kes kami disebut semula sedang kan saya telah melalu muis &muis sndiri mendgar menulis keterangan sa & muis juga memberi sa surt untuk dibawa ke makamh rendah syariah..

Salam.

Mohon maaf kerana saya tidak dapat memahami kes ini sepenuhnya.

Jika MUIS telah tetapkan hukuman bahawa terjadinya talak satu, maka itulah keputusannya. Iaitu kes berkenaan telah dinilai sebagai talak satu sahaja. Puan kena terima keputusan berkenaan.

CUma MUIS mengenakan denda kepada suami (sepatutnya) kerana suami menjatuhkan talak di luar mahkamah. Suami kena bayar denda berkenaan.

Setelah dibayar denda, sepatutnya tiada lagi dakwaan lain kerana keputusan pertama telah dibuat. Itu yang saya faham.

tk.

Visitor IP: 8.37.225.252

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA