Soalan: Mahu Kepastian
Nama*: | Faisal |
Tajuk*: | Mahu Kepastian |
Message*: | Salam Ustaz... Dulu masa gangguan was was menganggu saya, saya ada berdoa pada Allah apabila selesai solat Fardhu...Dalam doa saya berkata "Ya Allah....Aku yakin tidak lafaz dan Aku yakin tidak terlafaz...Aku benar2 Yakin Ya Allah....Sesungguhnya Aku takda niat, Aku tidak ada niat, Aku tiada niat dan Aku tidak ada hati langsung untuk bercerai (Saya tak berapa ingat ayat dia sebab perkara ini dah lama)...Aku berpegang pada Yakin Ya Allah.. Yakin tidak lafaz dan Yakin tidak terlafaz....Aku sayangkan isteriku dan Aku sayangkan rumahtanggaku...." Jatuh atau tidak Ustaz saya berdoa sebegitu? dan salahkah saya berdoa begitu? Saya Yakin tidak lafaz dan Saya yakin tidak terlafaz....cuma was was yang kerap menganggu saya ketika itu.... |
Visitor IP: 143.192.98.130
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.