Soalan: apakah maksud niat yang benar untuk bercerai
Nama*: | azmi |
Tajuk*: | apakah maksud niat yang benar untuk bercerai |
Message*: | Assalamualaikum....
ustaz sebelum ini saya ada bertanyakan 1 soalan kepada ustaz, berkenaan lafaz "aku cer kau". menurut ustaz jatuh talak sekiranya suami berniat menceraikan isteri. boleh tak ustaz jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan maksud ustaz dengan pernyataan "niat yang benar untuk bercerai".
jika suami ada mengucapkan "aku cer kau" tapi bukan benar2 nak bercerai dengan isteri, maksudnya memang nk bercerai dengan isteri tapi belum benar2 lagi nk bercerai, adakah dalam situasi ini jatuh talak. maaf saya kurang faham dengan maksud ustaz berkaitan pernyataan niat yang benar untuk bercerai. boleh x ustaz jelaskan dengan lebih lanjut, terima kasih |
Salam
maksud saya, jika benar-benar suami ada NIAT untuk cerai dengan lafaz yang tidak sempurna seperti itu juga boleh menjatuhkan talak.
tk
IP: 161.139.222.135
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.