Monday, November 13, 2017

Soalan: Mahu Kepastian

Nama*:Asmadi
Tajuk*:Mahu Kepastian
Message*:Assalamualaikum wbt....

Ustaz....Saya ada Tiga Soalan nak bertanya dengan Ustaz :


1/. Perkara ini sudah 2 tahun berlalu....Begini Ustaz, semasa saya berada dibilik mandi seorang diri....Lintasan hati datang lalu saya berkata - kata didalam hati,secara tiba - tiba saya menyebut perkataan "Dah".Saya jadi was was Ustaz...Saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz...Saya tidak ada niat apa2.

2/. Perkara ini pun sudah lama berlalu....Ketika saya berada dalam bilik seorang diri...semasa saya sedang menengok handphone, lintasan hati datang lalu saya berkata2 dalam hati bercakap dalam hati...Saya yakin lafaz dalam hati....Namun was was tetap datang dalam fikiran saya dan mengganggu diri saya.Saya tetap yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz.Saya berpegang pada Yakin.

3/. Semasa saya diganggu was was...Saya cuba ingat semula samada saya ada terlafaz atau tidak...Lalu saya berkata dalam hati untuk yakinkan saya bahawa saya tidak lafaz dan saya tidak terlafaz...Saya Yakin...Tiba - tiba was was lain datang ganggu diri saya....mengatakan saya berkata semula ayat yang terlafaz...sedangkan saya yakin berkata dalam hati...Saya benar2 Yakin Ustaz....Saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz.


Minta tolong Ustaz jelaskan....


Terima Kasih

Salam

1. Dah, itu apa maksudnya? Jika tiada kaitan dengan talak, ABAIkan ia. Usah dilayan keraguan yang mendatang.

2. Kenapa perlu melayan was-was. Hentikan. Ia hanya menyusahkan diri anda dan kehidupan anda. Hukum fiqh berpegang pada perkara yang YAKIN dan PASTI.

3. SDA

tk


Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA