Wednesday, November 15, 2017

Soalan: kita bercerai..cerai..cerai

Nama*:suria perdana
Tajuk*:kita bercerai..cerai..cerai
Message*:salam..

saya ada bergaduh dgn suami n suami ada mengatakan kalau masih lagi saya mencari kesalahan dan asyik bergaduh saje, dia agak kami akn bercerai jugak dlm masa terdekat ini. ( suami menafikan ada niat bercerai). dalam pada itu kami masih bergaduh sehingga dia marah, (saya agak sgt marah sbb dia menjerit, "Kita bercerai...cerai..cerai!!! pada ketika ini saya memang sudah rasakan yg telah jatuh talak.. saya cakap bagus lah ... kita dah habis..since dia dah mengucapkan mcm tu... sy lupa apa yg dia ucapkan tp seperti mengiyakan sbb sy selalu mencari kesalahan dia. tetapi bila reda dalam 1-2jam .. dia menafikan niat hendak bercerai. Bila bertanya lagi dia akn marah dan mengatakan adakah saya ingin sgt bercerai sbb masih menanyakan penafian dia tu.

persoalan disini.. ustaz rasa dah jatuh talk ke belum. kalau ikut kan pada perkataan kita bercerai..cerai..cerai..saya tidak tahu itu adalah lafaz sarih atau kinayah.

terima kasih kerana membantu sy dlm pertanyaan ini.

Salam

Jika benar suami melafazkan Kita bercerai.. cerai.. cerai seperti di atas, pada saya ia telah menjatuhkan talak. Soal niat tidak perlu lagi di sini keranan lafaz itu sendiri telah jelas dan terang.

tk


Visitor IP: 175.142.230.230

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA