Monday, November 13, 2017

Soalan: Ragu-ragu dengan niat

Nama*:Shu
Tajuk*:Ragu-ragu dengan niat
Message*:Suamiku sayangku..
Ayg benar2 yakin bahawa talak tidak jatuh lagi ke atas diriku maka ayg berterusan melayani dirimu sebagai seorang suami yg amat aku cintai dan kasihi.
Ayg tidak menipu perasaan sendiri, ayg telah bertanya soalan pada jakim dan juga ustaz lain serta melalui pembacaan. Benar itu adalah lafaz kinayah tetapi itu masih kiasan dalam keadaan marah. Jadi lafaz itu, dianggap tidak sah dan ianya adalah was-was yg timbul dr mainan syaitan. Walaupun abg kata abg berniat, namun niat tersebut hendaklah hadir pada tika itu juga tanpa dipengaruhi mana2 unsur serta mesti didengari oleh pelaku sendiri. Dan abg tidak menghalau ayg utk pergi. Dan perlu diingat lafaz sindiran perlu berlaku akad yakni ada penawar dan ada pembeli. Jika lafaz secara jelas maka tidak perlukan akad kerana ianya jelas namun bagi lafaz sindiran perlu berlaku akad. Lafaz sindiran tersebut tidak jelas menunjukkan bahawa abg melepaskan ayg secara jelas sygku. Ayg masih berpegang pada ini melainkan abg melafazkannya mahupun abg menyebutnya tanpa di hadapan ayg namun didengari oleh diri abg sendiri. Sesungguhnya niat itu hanyalah lintasan hati. Padamkan ia sebelum ia menjadi nyata ye syg

Salam ustaz, kami telah bergaduh dan suami menyebut saya taknak awak. Tetapi suami tidak melafaz talak. Apabila isteri bertanya adakah dia nia nk bercerai, kemudian suami jawab ya. Namun bila isteri minta lafaz, suami tidak lafaz namun suami menjadi ragu-ragu akan niat sendiri. Jadi isteri menghantar pesanan di seperti di atas untuk menyakinkan suami. Soalan sy, betulkah apa yg dinyatakan oleh isteri seperti di atas?

Salam

Hak cerai itu di tangan suami. Tindakan suami itu lebih tahu dan lebih faham apa yang dimaksudkan. Jiak suami yakin dia benar-benar menceraikan isteri dengan lafaz kinayah, maka ia terjadilah talak.

Tanyalah diri suami dalam perkara ini.

tk

Visitor IP: 183.171.78.214

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA