Soalan: Tentang Mimpi
Nama*: | Isma |
Tajuk*: | Tentang Mimpi |
Message*: | Salam Ustaz....
Saya ada pernah bermimpi buruk sebelum2 ini...Saya ada bercerita tentang mimpi buruk yang saya alami pada rakan karib saya...Suatu hari tu, saya ada terdengar ceramah agama oleh seorang Ustaz yang memberitahu sesiapa yang alami mimpi buruk tidak perlu diceritakan kepada sesiapa.
Masalahnya saya telah ceritakan mimpi buruk saya kepada rakan saya...
Apakah kesannya Ustaz?
Terima Kasih |
salam
Tiadalah halangan anda untuk ceritakan mimpi buruk itu kepada sesaipapun, asalkan ia tidak menjatuhkan maruah diri anda...
tk
Visitor IP: 143.192.98.130
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.