Thursday, November 30, 2017

Soalan: Lafaz ijab & qabul

Nama*:Fakrul
Tajuk*:Lafaz ijab & qabul
Message*:Assalamulaikum Ustaz...

Saya ada seorang sahabat yang ada was-was tentang ijab kabul pernikahan dia.

Semasa dia akad nikah dia igtkan tok kadi ingin buat cubaan akad nikah sebelum akad nikah yang betul-betul. Salah faham bila tok kadi berkata "kita cuba akad nikah". Salah faham juga disebabkan tok kadi tidak berjabat tangan maka pengantin lelaki igtkan akad cubaan (yang sebenar mmg tok kadi tidak jabat tangan kalau akad nikah)

Namun ketika di tengah-tengah dia ucap qabul (ketika perkataan "mas kahwin") dia merasakan seperti tok kadi betul-betul akad memandangkan muka tok kadi nampak serius. Selepas habis lafaz semua saksi mengatakan SAH.

Persoalannya: adakah sah qabul yg pada awal nya pengantin lelaki tersalah anggap sbgai percubaan tetapi tiba-tiba perasan yang akad yg sedang dilafaz adalah yg betul2 ketika sampai pada ucapan "mas kahwin"..

Mohon bg pencerahan...sekian


Visitor IP: 113.210.9.145

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 29, 2017

Soalan: cerai kerana takut tambah dosa isteri

Nama*:noraslina
Tajuk*:cerai kerana takut tambah dosa isteri
Message*:saya sebagai seorang isteri gagal dalam menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sempurna kepada suami. hal ini suami pernah kemukakan kepada keluarga mertua. apabila berlaku pergaduhan antara kami ekoran pihak ketiga, mertua membangkitkan isu tanggungjawab ini. dan suami tidak jujur dalam menjelaskan isu perhubungannya dengan pihak ketiga, menjadikan hati saya makin hambar dengan perkahwinan kami. untuk pengetahuan tuan, saya derhaka pd suami dengan menghalaunya keluar dari rumah saya selepas pergaduhan itu. suami akur dan tidak balik ke rumah sehingga kini (2minggu). saya telah memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah syariah, tetapi suami enggan lepaskan saya kerana masih sayang sedangkan dalam masa yg sama, dia masih tidak jujur dengan saya.


Visitor IP: 14.192.211.41

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mahu Kepastian

Nama*:Faisal
Tajuk*:Mahu Kepastian
Message*:Salam Ustaz...

Dulu masa gangguan was was menganggu saya, saya ada berdoa pada Allah apabila selesai solat Fardhu...Dalam doa saya berkata "Ya Allah....Aku yakin tidak lafaz dan Aku yakin tidak terlafaz...Aku benar2 Yakin Ya Allah....Sesungguhnya Aku takda niat, Aku tidak ada niat, Aku tiada niat dan Aku tidak ada hati langsung untuk bercerai (Saya tak berapa ingat ayat dia sebab perkara ini dah lama)...Aku berpegang pada Yakin Ya Allah.. Yakin tidak lafaz dan Yakin tidak terlafaz....Aku sayangkan isteriku dan Aku sayangkan rumahtanggaku...."
Jatuh atau tidak Ustaz saya berdoa sebegitu? dan salahkah saya berdoa begitu?
Saya Yakin tidak lafaz dan Saya yakin tidak terlafaz....cuma was was yang kerap menganggu saya ketika itu....


Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 28, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Khai
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz

1/. Suatu hari tu Isteri saya beritahu pada saya "Awak jangan lupa buang sampah malam ni" Saya pun menjawab "Ok...Saya buang (sampah) awak".
Adakah jatuh atau tidak pada situasi diatas?Saya tidak ada niat apa2 pun...dan Saya yakin tidak lafaz...Saya jadi was was

2/. Suatu hari tu Isteri saya suruh saya potong rambut dia yang panjang itu lalu saya berkata "Meh, Saya potong awak" (Maksud saya...Saya potong rambut dia (isteri saya) )...Jatuh atau tidak Ustaz? Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat apa2.....Saya jadi was was


Tolong Ustaz jelaskan......


Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, November 27, 2017

Soalan: Talak

Nama*:Su
Tajuk*:Talak
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Sya nk brtnya adakah jatuh talak jika dlm situasi berikut:

Suami tlh mlakukan ksilapan/ksalahan sblm ini.. Apabila si isteri mendapat tahu ttg perkara tersebut...bermulalah suami & isteri tersebut selalu bergaduh.. sehinggakan si isteri sering memnta utk bercerai..
Si suami tidak mahu menceraikan isterinya.. si isteri minta untuk bercerai ..tp disebabkn terlalu emosi si suami berkata '"ok"
Adakah perkataan ok yg dilafazkn oleh si suami tu bole memyebabkn talak jatuh?


Visitor IP: 115.164.174.212

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, November 23, 2017

Soalan: Adakah sah lafaz taklik dan status

Nama*:Mohd
Tajuk*:Adakah sah lafaz taklik dan status
Message*:Ungkapan kalau kau keluar dri keta aku ceraikn kau talak 3.dlm keadaan marah sebb pergaduhan.tpi istri xkeluar kereta.apakah status perkahwinan ini.

Salam

Jika suami berniat untuk masa itu sahaja, maka ia tidak terjadinya talak taklik jika isteri tidak keluar kereta. Tetapi jika suami tidak bermaksud pada ketika kejadian sahaja, maka taklik itu akan berlarutan sampai bila-bila dan bila isteri keluar kereta akan terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 113.210.226.172

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah ini Ziha?

Nama*:Rahman
Tajuk*:Adakah ini Ziha?
Message*:Salam Ustaz....


1/. Isteri ingin sertai acara sukan lalu suami mengisi borang secara online untuk si isteri. Didalam ruangan "Ada Kecemasan, Sila Hubungi", Si Suami telah meletak nama Bapanya sendiri (Bapa Si Suami) dan meletakkan ruangan "Hubungan" sebagai Bapa. Sepatutnya Suami perlu menaip Bapa Mertua tetapi Suami telah menaip "Bapa". Ustaz...adakah ini Ziha? Lagipun Suami tidak ada niat Ziha...

2/. Suami ada berkata kepada Isteri....Bapa Si Suami Bapa Isteri Juga dan Ibu Si Suami Ibu Isteri Juga....Adakah ini Ziha? Suami tidak ada niat Ziha...


Minta Ustaz jelaskan....


Terima Kasih

Salam

1. Ia tidaklah dikira zihar.

2. Ia tidak dikira zihar

KEna baca balik bab zihar, cerai dan talak..belajarlah sedikit untuk lebih yakin bermuamalah dalam keluarga.

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 22, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Fiz
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz....

Saya ada 3 soalan nak bertanya dengan Ustaz :

1/. Saya ada hantar soalan pada Ustaz dulu....Dalam soalan tersebut, sepatutnya saya nak taip ayat "Berkata Semula" tetapi saya tertaip ayat "Berkata Lafaz" kemudian saya tukar semula, saya padam ayat yang salah tu...saya taip ayat "Berkata Semula" dalam soalan tersebut sebelum saya hantar kepada Ustaz. Ustaz...Saya yakin tidak lafaz, yakin tidak terlafaz dan yakin tidak berkata semula serta yakin tidak berkata lafaz...Saya pegang pada Yakin....Hanya saya tersalah taip ayat, saya jadi was was...Jatuh atau Tidak Ustaz?

2/. Saya pernah hantar soalan pada Ustaz dahulu...Dalam soalan tersebut, saya ada taip ayat yang akhir berbunyi begini " Kerana was was.....saya cakap terlafaz dan berkata lafaz". Pada ayat berkata lafaz sepatutnya saya nak taip ayat "Berkata Semula" tetapi saya telah tertaip ayat "Berkata Semula"... Disebabkan saya tersalah taip....saya jadi was was...Ustaz, Saya yakin tidak lafaz,yakin tidak terlafaz,yakin tidak berkata semula dan yakin tidak berkata lafaz...Saya betul2 Yakin Ustaz....Jatuh atau tidak Ustaz?

3/. Suatu hari tu rakan saya bertanya dengan saya melalui whatsupp "Wife (isteri saya) bila free? Saya pun menjawab dengan menaip whatsupp.Saya nak taip ayat "Dia (Isteri saya) shif malam" tetapi saya tertaip "Dia shit".Saya padam balik ayat yang salah tu, saya taip semula "Dia (Isteri saya) shif malam" barulah saya hantar whatssupp kepada rakan saya. Saya yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz...Saya tidak ada niat pun...Jatuh atau Tidak Ustaz?


Terima Kasih

salam

1. masalah was-was.. kenalah dalami sikit lagi ilmu fiqh..

2. ini pun kes yang sama.. usah dilayan keraguan...

3. Tidak ada kaitan dengan cerai pada kes seperti ini.
tk




Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafas talak melalu pangilan tlfon

Nama*:nuratika binti laimon
Tajuk*:lafas talak melalu pangilan tlfon
Message*:asalamulaikum ustas saya nuratika dari sabh.saya mualaf saya bingun kurang fahm dg urusan muis. kes saya dg suami.suami saya telah melafas kn cerai melalu pangilan berbunyi nuratika laimon aku cerai kan kau talak 3.pada hari itu juga saya pergi membuat laporan dimuis untuk sah@ tidak talak y suami sa lafas kn muis pn ambil keterangan kenapa;mgapa suami sa melafas kn talak.muis pn memberi sa surat untuk dibawa ke makamh rendah syariah.sa pn pergi ke makamah & makamh pn telah mendaftar kn kami untuk sebutan kes sa dg suami.berapa hari kemudian kmi pn dipangil & depan hakim apa y suami sa kata kn adala kehendak ny sndiri maka hakim sah kn kami jatuh talak 1.slepas tu makamh memberi sa notis ambil perintah makamh .bertarih notis itu sa pn datang & sa diberi kertas keputusan untuk dibawa ke muis bila sa tunjuk kn pada pegawi bertugas sa diberitau bahawa sa &suami kena pergi makamah & didenda sbp bercerai luar makamah sa betul3 tidak fahm sdang kn sa &suami telah pn disah kn oleh hakim jtuh talak satu..y membuat sa tidak faham knpa sa perlu naik makamh semula& kes kami disebut semula sedang kan saya telah melalu muis &muis sndiri mendgar menulis keterangan sa & muis juga memberi sa surt untuk dibawa ke makamh rendah syariah..

Salam.

Mohon maaf kerana saya tidak dapat memahami kes ini sepenuhnya.

Jika MUIS telah tetapkan hukuman bahawa terjadinya talak satu, maka itulah keputusannya. Iaitu kes berkenaan telah dinilai sebagai talak satu sahaja. Puan kena terima keputusan berkenaan.

CUma MUIS mengenakan denda kepada suami (sepatutnya) kerana suami menjatuhkan talak di luar mahkamah. Suami kena bayar denda berkenaan.

Setelah dibayar denda, sepatutnya tiada lagi dakwaan lain kerana keputusan pertama telah dibuat. Itu yang saya faham.

tk.

Visitor IP: 8.37.225.252

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 21, 2017

Soalan: Pengesahan lafaz cerai

Nama*:Damha
Tajuk*:Pengesahan lafaz cerai
Message*:Salam ustaz..saya ada kemusykilan berkenaan cerai taklik. Situasi pergaduhan suami dan isteri dengan isterin meminta cerai..suami terlepas kata ' kalau nak cerai boleh, tunggu anak besar'/ tunggu anak besar tengok camne'. Suami tiada niat untuk menceraikan isteri dan dilafazkan dalam keadaan marah dan mengelakkan desakan isteri. Ketika itu anak masih kecil(below 1 tahun) dan maksud anak besar tidak dinyatakan oleh suami.. kemungkinan 18 tahun.. adakah jatuh talak?

Sekian..tq ustaz

Salam

Ia tidak jatuh talak kerana lafaz berkenaan dikaitkan dengan anak besar.. dan anak besar itu tidak dipastikan bila pula umurnya..

tk

Visitor IP: 183.171.69.48

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mohon pandangan ustaz

Nama*:Wani
Tajuk*:Mohon pandangan ustaz
Message*:Saya bergaduh dgn suami..
Suami berkata kpd saya " tak nak kawan".
Saya ckp " tak nak kawan sudah".

Boleh jatuh talak ke?

salam

Ia tidak menjatuhkan talak.. sekadar tak nak kawan tak apa.. esok kawan semula..

tk

Visitor IP: 175.145.57.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, November 19, 2017

Soalan: Soalan suami

Nama*:Isteri
Tajuk*:Soalan suami
Message*:Apakah soalan suami pada isteri akan menjatuhkan talak?
Contohnya:awak nak ape sebenarnya,ke nak smpai sni je?sebab sewaktu tu kami bergaduh.
Salam

Soalan dan pertanyaan tidaklah menjatuhkan talak. Contohnya suami bertanya; awak mahu ke saya ceraikan awak? Soalan seperti ini tidaklah menjatuhkan talak

Visitor IP: 14.1.193.82

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, November 18, 2017

Soalan: talak perbuatan

Nama*:amir
Tajuk*:talak perbuatan
Message*:asalamualaikum ustaz
saya nak tau tentang talak perbuatan/isyarat. sah ke untuk org yg boleh lafaz/tidak bisu? adakah semua perbuatan yg berniat talak menyebabkan berlaku talak? contohnya macam kes saya. dalam kebelakangan ni saya kerap ada lintasan niat sampaikan nak gosok gigi, meludah dan cium isteri ada terlintas niat niat cerai. saya abaikan sahaja dan saya buat je benda benda tu dgn niat nak lawan lintasan hati dan tak mau layan benda benda ni. apakah pandangan ustaz tentang apa yg saya amalkan iaitu tak layan benda ni? bolehkah berlaku talak?
mohon ustaz bantu saya dlm kekeliruan saya ini. moga ustaz bahagia dunia akhirat. mohon juga doakan saya sekeluarga.
Salam

Talak hanya terjadi dengan lafaz yang terang dan jelas. Lintasan hati tidak akan menjatuhkan talak. Anda perlu melawan lintasan hati dan jangan lagi dilayan kerana ia hanya akan menyusahkan hidup anda.

tk



Visitor IP: 60.53.105.189

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, November 16, 2017

Soalan: Lafaz cerai

Nama*:Mawar
Tajuk*:Lafaz cerai
Message*:Assalam ustaz...saya nk bertanya...

Suami isteri sedang bergaduh, dan suami ada sebut "silap2 hari ni abang cerai awak"... Suami sebut kerana isteri menjawab dan terus mengungkit dan sakitkan hati suami.. Tp suami tiada niat cerai, adakah sudah jatuh talak? Terima kasih...

Salam

Lafaz suami seperti itu tidaklah menjatuhkan talak. Talak hanya terjadi dengan lafaz langsung dan terang tanpa syarat. Perkataan SILAP-SILAP HARI, adalah seduatu yang dikaitkan.. ia tidaklah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 113.210.49.118

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 15, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Faizal
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz

Saya nak bertanya 2 soalan :

1/. Semasa saya keluar dengan rakan saya setelah habis waktu bekerja, isteri saya pesan suruh saya beli bahan dikedai runcit untuk buat kuih.Saya balik lambat lalu isteri saya call handphone saya dan marah2 pada saya. Saya hanya diam sahaja tidak berkata apa. Kemudian kawan saya bertanya dengan saya "Kenapa". Saya cakap "Bini aku marah kat aku pasal balik lambat tak beli barang lagi" kemudian saya sambung "Dia (Isteri saya) satu, Dia pun satu....petang tadi balik keje pergilah singgah kat kedai runcit tu beli bahan untuk buat kuih".
Soalan saya....jatuh atau tidak Ustaz pada situasi diatas? Saya tidak ada niat dan saya yakin tidak lafaz...

2/. Saya ada beritahu pada rakan saya "Masa aku tunang dulu memang banyak dugaan" kemudian saya sambung semula "Masa aku bertunang dulu dengan bini aku ni (isteri saya sekarang), ramai makwe nak berkenalan dengan aku yang ajak aku kahwin pun ada".Rakan saya bertanya dengan saya "Lepas kahwin?" (dah berkahwin dengan isteri saya sekarang). Saya cakap "Takda"....saya sambung "Semua (makwe yang nak kenal nak ajak kahwin) senyap, takda apa2."
Jatuh atau tidak Ustaz situasi diatas tu? Saya tidak ada niat dan Saya yakin tidak lafaz...


Terima Kasih

Salam

1. kes ini tiada kaitan langsung dengan talak...

2. Ia juga tiada kaitan dengan talak.

Saudara kenalah baca balik bab TALAK dari buku agama, fahami dan pelajarilah ilmu agama sebaiknya khasnya ttg talak.

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tentang Mimpi

Nama*:Isma
Tajuk*:Tentang Mimpi
Message*:Salam Ustaz....

Saya ada pernah bermimpi buruk sebelum2 ini...Saya ada bercerita tentang mimpi buruk yang saya alami pada rakan karib saya...Suatu hari tu, saya ada terdengar ceramah agama oleh seorang Ustaz yang memberitahu sesiapa yang alami mimpi buruk tidak perlu diceritakan kepada sesiapa.

Masalahnya saya telah ceritakan mimpi buruk saya kepada rakan saya...

Apakah kesannya Ustaz?


Terima Kasih

salam

Tiadalah halangan anda untuk ceritakan mimpi buruk itu kepada sesaipapun, asalkan ia tidak menjatuhkan maruah diri anda...

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh ke talak jika hanya sekadar memberi contoh

Nama*:mazlina
Tajuk*:jatuh ke talak jika hanya sekadar memberi contoh
Message*:jatuh ke talak jika suami hanya memberi contoh seperti ayat ini.."kalau aku ceraikan kau" sedangkan pada masa itu kami sedang duduk berbual sahaja

Salam

Ia tidak ada niat cerai, so tidaklah terjadinya talak..

tk

Visitor IP: 58.26.53.53

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kita bercerai..cerai..cerai

Nama*:suria perdana
Tajuk*:kita bercerai..cerai..cerai
Message*:salam..

saya ada bergaduh dgn suami n suami ada mengatakan kalau masih lagi saya mencari kesalahan dan asyik bergaduh saje, dia agak kami akn bercerai jugak dlm masa terdekat ini. ( suami menafikan ada niat bercerai). dalam pada itu kami masih bergaduh sehingga dia marah, (saya agak sgt marah sbb dia menjerit, "Kita bercerai...cerai..cerai!!! pada ketika ini saya memang sudah rasakan yg telah jatuh talak.. saya cakap bagus lah ... kita dah habis..since dia dah mengucapkan mcm tu... sy lupa apa yg dia ucapkan tp seperti mengiyakan sbb sy selalu mencari kesalahan dia. tetapi bila reda dalam 1-2jam .. dia menafikan niat hendak bercerai. Bila bertanya lagi dia akn marah dan mengatakan adakah saya ingin sgt bercerai sbb masih menanyakan penafian dia tu.

persoalan disini.. ustaz rasa dah jatuh talk ke belum. kalau ikut kan pada perkataan kita bercerai..cerai..cerai..saya tidak tahu itu adalah lafaz sarih atau kinayah.

terima kasih kerana membantu sy dlm pertanyaan ini.

Salam

Jika benar suami melafazkan Kita bercerai.. cerai.. cerai seperti di atas, pada saya ia telah menjatuhkan talak. Soal niat tidak perlu lagi di sini keranan lafaz itu sendiri telah jelas dan terang.

tk


Visitor IP: 175.142.230.230

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 14, 2017

Soalan: Mohon pandangan ustaz

Nama*:Mira
Tajuk*:Mohon pandangan ustaz
Message*:Assalamualaikum ustaZ.
Saya seorang isteri kpd 2 orang anak..
Tadi pagi saya merungut dengan suami..saya cakap saya penat lar urus anak², badan sakit²..
Nak rehat pun susah..

Suami pun cakap, lar kata nak kahwin..memang lar kena harungi semua tu..
Habis tu tak payah kahwin lar...

Soalan saya ustaz, apa hukum suami cakap " Habis tu tak payah kahwin lar".
Boleh jadi talak ke?
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak. ia ingatan sahaja daripada suami..
tk


Visitor IP: 60.51.33.102

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, November 13, 2017

Soalan: doa talak

Nama*:hamidon
Tajuk*:doa talak
Message*:asalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. kalau kita berdoa untuk talak dalam hati, adakah jatuh talak? tanpa niat cerai.
terima kasih

Salam

Talak hendaklah dilafazkan dengan terang dan jelas baharulah terjadinya talak.

Saoalnya, kenapa berdoa kepada perkara yang buruk.. tak baik macam tu.. doalah untuk kebahagiaan dan jalan hidayah..

tk

Visitor IP: 175.144.162.88

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tentang Zihar

Nama*:Rizal
Tajuk*:Tentang Zihar
Message*:Assalamualaikum wbt....


Rakan saya ada bertanya dengan saya...Anak saya tinggal dengan siapa dan siapa yang jaga anak saya ketika saya dan isteri keluar bekerja....Saya nak cakap Opah Dia (Opah pada anak saya iaitu Mak Mertua Saya) tetapi saya tersasul cakap Opah Saya...

Adakah itu Zihar? Saya tidak ada niat zihar Ustaz...namun saya rasa was was bila saya tercakap begitu...

Minta Ustaz tolong jelaskan...


Terima Kasih

Salam

Ia tidaklah berlakunya zihar dalam kes seperti ini ..



Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ragu-ragu dengan niat

Nama*:Shu
Tajuk*:Ragu-ragu dengan niat
Message*:Suamiku sayangku..
Ayg benar2 yakin bahawa talak tidak jatuh lagi ke atas diriku maka ayg berterusan melayani dirimu sebagai seorang suami yg amat aku cintai dan kasihi.
Ayg tidak menipu perasaan sendiri, ayg telah bertanya soalan pada jakim dan juga ustaz lain serta melalui pembacaan. Benar itu adalah lafaz kinayah tetapi itu masih kiasan dalam keadaan marah. Jadi lafaz itu, dianggap tidak sah dan ianya adalah was-was yg timbul dr mainan syaitan. Walaupun abg kata abg berniat, namun niat tersebut hendaklah hadir pada tika itu juga tanpa dipengaruhi mana2 unsur serta mesti didengari oleh pelaku sendiri. Dan abg tidak menghalau ayg utk pergi. Dan perlu diingat lafaz sindiran perlu berlaku akad yakni ada penawar dan ada pembeli. Jika lafaz secara jelas maka tidak perlukan akad kerana ianya jelas namun bagi lafaz sindiran perlu berlaku akad. Lafaz sindiran tersebut tidak jelas menunjukkan bahawa abg melepaskan ayg secara jelas sygku. Ayg masih berpegang pada ini melainkan abg melafazkannya mahupun abg menyebutnya tanpa di hadapan ayg namun didengari oleh diri abg sendiri. Sesungguhnya niat itu hanyalah lintasan hati. Padamkan ia sebelum ia menjadi nyata ye syg

Salam ustaz, kami telah bergaduh dan suami menyebut saya taknak awak. Tetapi suami tidak melafaz talak. Apabila isteri bertanya adakah dia nia nk bercerai, kemudian suami jawab ya. Namun bila isteri minta lafaz, suami tidak lafaz namun suami menjadi ragu-ragu akan niat sendiri. Jadi isteri menghantar pesanan di seperti di atas untuk menyakinkan suami. Soalan sy, betulkah apa yg dinyatakan oleh isteri seperti di atas?

Salam

Hak cerai itu di tangan suami. Tindakan suami itu lebih tahu dan lebih faham apa yang dimaksudkan. Jiak suami yakin dia benar-benar menceraikan isteri dengan lafaz kinayah, maka ia terjadilah talak.

Tanyalah diri suami dalam perkara ini.

tk

Visitor IP: 183.171.78.214

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mahu Kepastian

Nama*:Asmadi
Tajuk*:Mahu Kepastian
Message*:Assalamualaikum wbt....

Ustaz....Saya ada Tiga Soalan nak bertanya dengan Ustaz :


1/. Perkara ini sudah 2 tahun berlalu....Begini Ustaz, semasa saya berada dibilik mandi seorang diri....Lintasan hati datang lalu saya berkata - kata didalam hati,secara tiba - tiba saya menyebut perkataan "Dah".Saya jadi was was Ustaz...Saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz...Saya tidak ada niat apa2.

2/. Perkara ini pun sudah lama berlalu....Ketika saya berada dalam bilik seorang diri...semasa saya sedang menengok handphone, lintasan hati datang lalu saya berkata2 dalam hati bercakap dalam hati...Saya yakin lafaz dalam hati....Namun was was tetap datang dalam fikiran saya dan mengganggu diri saya.Saya tetap yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz.Saya berpegang pada Yakin.

3/. Semasa saya diganggu was was...Saya cuba ingat semula samada saya ada terlafaz atau tidak...Lalu saya berkata dalam hati untuk yakinkan saya bahawa saya tidak lafaz dan saya tidak terlafaz...Saya Yakin...Tiba - tiba was was lain datang ganggu diri saya....mengatakan saya berkata semula ayat yang terlafaz...sedangkan saya yakin berkata dalam hati...Saya benar2 Yakin Ustaz....Saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz.


Minta tolong Ustaz jelaskan....


Terima Kasih

Salam

1. Dah, itu apa maksudnya? Jika tiada kaitan dengan talak, ABAIkan ia. Usah dilayan keraguan yang mendatang.

2. Kenapa perlu melayan was-was. Hentikan. Ia hanya menyusahkan diri anda dan kehidupan anda. Hukum fiqh berpegang pada perkara yang YAKIN dan PASTI.

3. SDA

tk


Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, November 12, 2017

Soalan: ragu-ragu dgn lafaz

Nama*:mya
Tajuk*:ragu-ragu dgn lafaz
Message*:Assalamualaikum.

Saya telah bertengkar dengan suami saya dan dia ada sebut 'i dah taknak u' dan 'i dah taknak hubungan ni selama lamanya'. Bila i tanya dia adakah dia bermaksud nak menceraikan kemudian dia jawab ya. Tetapi apabila sy meminta pengesahan melalui lafaz talak, dia jadi ragu-ragu. Dan akhirnya kami masih meneruskan hubungan sepeti biasa. Tetapi sampai sekarang suami dan sy masih ragu-ragu dan jika benar berlaku talak, maka ini adalah talak ketiga. Bagi saya, apa yg diucapkan itu adalah sekadar ucapan dan hanya dijawab kerana sedang marah. Jadi bagaimana status hubungan kami ya ustaz? sy betul2 berharap talak tidak jatuh kerana keadaan kami memang tegang dan suami juga masih sygkan hubungan ini

Salam

Wallahuaklam. Pada pendapat saya, ia telah menjatuhkan talak berdasarkan kenyataan yang diberi.
Sebaiknya puan bawa kes ini ke mahkamah atau pejabat kadi bagi mendapatkan pengesahan sewajarnya.

tk

Visitor IP: 183.171.95.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, November 11, 2017

Soalan: Perundangan yg boleh membantu isteri

Nama*:Shafa arisa
Tajuk*:Perundangan yg boleh membantu isteri
Message*:Si isteri curang dgn suami semasa keretakan masalah rumahtangga..menyebabkn isteri tidak Ade perasaan langsung pada suami Dan suami mengetahuinya,tetapi suami tidak mahu melepaskn isteri,Dan memaksa serta menyeksa isteri seperti pelacur,Dan sekiranya isteri mahu berjumpa dengan sekerja,suami member syarat utk seks dengannya kalau tidak,isteri tidak boleh keluar, sekiranya isteri tidak puas,suami menakutkn isteri dengan mahu menggunakn timun @ benda lain,serta ugut isteri sekiranya xnk melayannya,dia akan seksa seperti pelacur.selain itu suami selalu mengugut isteri utk memberitahu keluarga terutamanya ibu bapa isteri mengenai masalah mereka.apa yg isteri patut lakukn utk membebaskn dari suaminya.terima kasih.
Salam

Pada pendapat saya, kes seperti ini adalah terlalu berat dan penyeksaan kepada isteri.

Oleh itu, saya cadangkan pihak isteri membuat report kepada pihak mahkamah syariah atau pejabat kadi bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya.

Bukalah langkah untuk menyelamatkan diri bersemuka dengan pihak mahkamah.

tk

Visitor IP: 115.164.86.215

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, November 10, 2017

Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Siti
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:Salam Ustaz,
Suatu masa dulu si dia pernah bergaduh dengan suami dalam Whatsapp. Tahap bergaduh agak serius lalu si suami ada nyatakan 'Kalau awak dah tak sayang saya, kita cerai je la'. Kemudian dia menarik balik kerana dia tidak berniat begitu.
Adakah jatuh cerai dgn kata-kata begitu di Whatsapp?
Terima kasih.

Salam

Ia tidak jatuh talak kerana ia bukannya ucapan langsung untuk talak tetapi masih dalam bentuk ugutan.

tk

Visitor IP: 14.192.214.143

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, November 9, 2017

Soalan: soalan

Nama*:rizal
Tajuk*:soalan
Message*:salam ustad,

minggu lepas kami ada bergaduh dan isteri ketika marah2 ada meminta utk dilepaskan..saya buat xtahu saja...selepas beberapa hari...ketika berseorangan saya teringat2 balik di dalam fikiran tentang apa yg isteri cakapkan ketika bergaduh..tiba2 terlintas niat mengiyakan...tetapi tidak lafaz apa2 yg keluar dari mulut...cuma di dalam hati..apakah hukumnya disini ustad...

Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak. Talak perlu dilafazkan dengan terang dan jelas.

Usah leka bermain dengan lintasan dan khayalan, ia menyusahkan hidup anda...

tk

Visitor IP: 175.145.215.75

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Intan
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:Assalammualaikum ustaz..
Sy ada masalah dgn lafaz talik suami.. Dlm awal tahun ni kami ada begaduh besar kerana sy mendapat tahu suami menghabiskan duit baki bayaran rumah bermain judi mesin.. Sbb dah x tahan dgn sikap dia yg sll menipu sy dan perangai dia yg teruk sy bt keputusan nak mohon penceraian.. Tapi suami merayu dan memujuk sy. Dia mengatakan dia menyesal dgn perbuatan dia tu.. Bagi menyakinkan sy, suami telah lafas janji kalau dia bermain judi lg dia lepaskan sy..
Dan baru2 ni sy dapat tahu dia bermain judi. Dan kali ni bukan judi mesin tp judi online dlm hp. Suami menyifatkan dia tidak bermain cm memberi wang nya untuk kawan nya bermain judi tersebut n cuma tekan sekali dua saja.. Pada pandangan sy itu dikira bjudi juga. Tlg ustaz jelaskan.

Salam

Jika benar-benar ucapan taklik itu sah dan diperkaui oleh suami, maka tindakan suami bermain judi lagi akan menyebabkan terjadinya talak taklik.

Jika takliknya menyebut secara umum sebarang bentuk judi, maka pejudian on line juga termasuk dalam maksud taklik berkenaan dan ia boleh menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 115.164.215.228

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 8, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Faiz
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz...

Saya nak tanya :

1/. Perkara ini dah lama berlaku...Ketika saya menangis akibat gangguan dalam diri saya (gangguan was was), Saya berkata pada isteri saya " Abang taknak Sayang, Abang taknak kehilangan Sayang".Saya berkata begitu kerana Saya sayangkan Isteri saya. Saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz cuma was was yang kerap menganggu saya pada masa itu.Saya tidak ada niat. Jatuh atau tidak Ustaz?

2/. Perkara ini pun dah lama berlaku...Begini disebabkan gangguan was was, saya ada beritahu pada mak saya (Family saya tahu saya ada gangguan was was) "Kalau saya nak nikah balik semula.ok tak mak" (saya tak ingat ayat apa yang saya cakap, lebih kurang macam itu) kemudian mak saya marah pada saya lalu nasihatkan saya supaya berjumpa dengan Ustaz yang ingin merawat saya dan minta pendapat Ustaz, perlukah saya bernikah semula dengan isteri atau tidak? Saya berkata pada mak saya yang saya yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz...Saya benar2 yakin...Itu semua gangguan syaitan semata mata....Saya ada berjumpa dengan Ustaz yang dicadangkan oleh mak saya tetapi berjumpa sekadar berubat untuk menghilangkan penyakit was was dalam diri saya...Itu sahaja...Perlu nikah semula atau tidak, saya tak cakap dekat Ustaz tersebut sebab saya pegang pada Yakin...Yakin tidak lafaz dan Yakin Tidak terlafaz... Boleh Ustaz tolong jelaskan situasi diatas?


Terima Kasih

Salam

1. Ia tidaklah menjatuhkan talak.

2. Ok.. serupa lah tu..


Ubatilah penyakit anda. Perhatikan orang lain hidup aman kenapa anda terlibat dengan was-was. Hentikan melayan kerisauan dan lintasan yang mendatang..

tk


Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: apakah maksud niat yang benar untuk bercerai

Nama*:azmi
Tajuk*:apakah maksud niat yang benar untuk bercerai
Message*:Assalamualaikum....

ustaz sebelum ini saya ada bertanyakan 1 soalan kepada ustaz, berkenaan lafaz "aku cer kau". menurut ustaz jatuh talak sekiranya suami berniat menceraikan isteri. boleh tak ustaz jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan maksud ustaz dengan pernyataan "niat yang benar untuk bercerai".
jika suami ada mengucapkan "aku cer kau" tapi bukan benar2 nak bercerai dengan isteri, maksudnya memang nk bercerai dengan isteri tapi belum benar2 lagi nk bercerai, adakah dalam situasi ini jatuh talak. maaf saya kurang faham dengan maksud ustaz berkaitan pernyataan niat yang benar untuk bercerai. boleh x ustaz jelaskan dengan lebih lanjut, terima kasih

Salam

maksud saya, jika benar-benar suami ada NIAT untuk cerai dengan lafaz yang tidak sempurna seperti itu juga boleh menjatuhkan talak.

tk


 IP: 161.139.222.135

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, November 6, 2017

Soalan: Aku cerai ko

Nama*:Ingin tahu
Tajuk*:Aku cerai ko
Message*:Salam ustaz...sy memohon pencerahan
Sebelum ni sy ada bertengkar ngn isteri dlm whatsapp dan isteri memberi tekanan kpd sy...dgn hati yg marah sy menulis aku cerai ko tetapi sy tidak menulis dgn bertalak...adakah cerai sy tu sah di sisi agama...
Mohon pencerahan ustaz...

Salam
Jika tulisan itu telah dihantar dan dibaca oleh isteri, ia menjatuhkan talak.

Tekanan yang bagaimana yang boleh dikatakan mendesak dan terpaksa? JIka tekanan sekadar marah-marah ia bukanlah tekanan, tetapi jika diugut nak lari, nak tinggalkan rumah atau nak buat benda yang pada akalnya tidak wajar, ia betullah tekanan..

tk

Visitor IP: 113.210.195.111

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Halal atau haram?

Nama*:Alin
Tajuk*:Halal atau haram?
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz,

Sy bekerja di pejabat. Tugas sy hanya selalu nye sibuk disebelah pg shj dlm sehari setengah ari mmg akak buzy. Jadi sebelah ptg nya lps solat asar sy kuar utk beriadah bergoging berhampiran office lebh kurang stghjam menunggu mse abs kerja. Apakah hukumnya ustaz? Adakah gaji sy tidak berkat?

Tk

Salam

Jika benar neture kerja seperti itu, dan bos (majikan) tidak kisah (membenarkan) dengan tindakan saudara, maka ia dibenarkan.

tk
Visitor IP: 113.210.239.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: joevony37@gmail.com

Nama*:Jo
Tajuk*:joevony37@gmail.com
Message*:As Salam ustaz, adakah jatuh talak kepada isteri apabila si suami berbohong menceritakan kepada orang lain yang dia sanggup meninggalkan isterinya walaupun tanpa niat cerai?

Salam

Tidak menjatuhkan talak..

tk


Visitor IP: 118.101.135.122

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, November 5, 2017

Soalan: lafaz talak

Nama*:azmi
Tajuk*:lafaz talak
Message*:assalamualaikum...
ustaz saya ada satu pertanyaan disini.
1) adakah jatuh talak sekiranya seorang suami melafazkan "aku cer kau" dengan niat untuk bercerai...adakah kata-kata ini dianggap kata-kata kinayah ataupun sarih...adakah jatuh talak dalam situasi ini.
suami tidak melafazkan secara jelas perkataan cerai tersebut, hanya dengan perkataan "cer"
mohon penjelasan ustaz. sekian terima kasih

Salam

Lafaz yang tidak jelas seperti itu perlu disertai dengan NIAT yang benar dan tulen. Jika suami berniat dengan benar untuk CERAI, maka lafaz itu menjatuhkan talak. Ia sesuai seperti lafaz kinayah yang disertai niat untuk cerai.

tk


Visitor IP: 161.139.222.135

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, November 2, 2017

Soalan: Inginkan kepastian

Nama*:Mawar
Tajuk*:Inginkan kepastian
Message*:As-Salam Ustaz,

Saya ingin mendapatkan kepastian tentang isu talak. Kejadian ini telah lama berlaku.. smpi sekarang saya tertanya-tanya adakah talak jatuh atau tidak.
Suami pernah berkata 'I tak nak U'.. saya rasa pada waktu itu memang suami tidak inginkan saya lagi sebagai isterinya. Saya pernah bertanya suami mengenai niatnya itu beberapa bulan yang lalu.. tapi dia kata tidak ingat.

Ustaz, adakah jatuh talak?

Salam

Ia adalah ungkapan kinayah, jika suami berniat untuk cerai, akan terjadilah talak, jika tidak, ia tidak menjejaskan ikatan perkahwinan.

So, kena pastikan dengan suami akan hal ini. Jika suami tidak ingat dan tidak mengakuinya, maka kita berpegang kepada ia tidak niat untuk cerai...

tk



Visitor IP: 211.25.227.242

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tiada Niat

Nama*:Iz
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz...

Perkara ini sudah berlalu Ustaz...Namun saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz...Begini Ustaz...Saya ada beritahu pada rakan saya, ada gangguan yang mengatakan saya ada terlafaz...saya yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz...yang datang itu hanya dalam hati dan lintasan hati...selebihnya mainan was was...Kemudian rakan saya tanya pada saya yang isteri saya tahu tak (gangguan yang saya alami)...Saya jawab dia tahu...rakan saya kata dia (isteri saya) cakap apa?....Saya cakap dia nangis....Rakan saya berkata pada saya usah dilayan was was itu....kena yakin pada diri sendiri. Ustaz...saya ada beritahu pada Isteri saya yang saya alami gangguan menyuruh saya lafaz pada isteri...Ketika itu isteri saya menangis...Saya beritahu pada dia yang saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz...Saya benar2 yakin....Isteri saya yakin pada saya yang saya tidak lafaz dan tidak terlafaz...Dia juga yakin tidak dengar lafaz dari saya...Saya yakin dengan jawapan isteri saya yang dia tidak dengar lafaz dari saya....Lagipun saya memang tidak lafaz dan tidak terlafaz....Saya betul2 yakin Ustaz....


Soalan saya jatuh atau tidak Ustaz?


Terima Kasih

Salam

Usah dilayan mainan was-was. Ia penyakit yang menyusahkan hidup anda... Berpeganglah kepada keyakinan dan ilmu..

tk


Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Memalsukan identiti

Nama*:Ramli
Tajuk*:Memalsukan identiti
Message*:Apakah hukum dlm islam@ perundangan syariah jika kita memalsukan identiti seperti menukar nama semasa akad nikah dan anak pula didaftar dan dibinkan dengan nama palsu.

Salam

Memalsukan dokumen dengan niat untuk menipu adalah berdosa dan haram hukumnya.

Rekod hendaklah benar dan sah agar pernikahan itu menjadi sah. Bila rekod tidak sah, kebarangkalian ada elemen syubhah yang terselindung, dan akhirnya pernikahan itu tidak sah. Ia terutamanya berkaitan wali dan status pasangan pengantin.


tk

Visitor IP: 122.129.122.190

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 1, 2017

Soalan: Rujuk

Nama*:Amin
Tajuk*:Rujuk
Message*:Assalam ustaz sah ke rujuk(dlm tempoh edah dgn niat yg ikhlas)tanpa pengetahuan isteri..tp selepas tu bekas isteri baru diberitahu hal rujuk tu..

Salam

Rujuk hendaklah dimaklumkan kepada isteri. Rujuk tidak sah jika isteri tidak tahu menahu..

tk

Visitor IP: 183.171.71.63

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA