Nama*: | Laily |
Tajuk*: | tanggungjawab mengurus Ibu mertua: Peranan Menantu perempuan |
Message*: | salam... sy nk minta pndapat..situasinya begini seorang ibu mmpunyai 6 org anak (2 lelaki & 4 prmpuan) ibu ini telah uzur (sakit) shingga mkn, minum, kbersihan diri tidak dpt diuruskn sndiri dgn smpurna.. sorg anak lelaki nya tidak dpt dkenalpasti kberadaannya dan sorg lg suda brumah tangga dan anak2 pun sudah besar sorg anak prmpuannya suda mnjanda, dan lg tiga org sudah brumah tangga..(anak2 mereka juga suda besar) soalan pertama sy..bila trjadinya begini, tanggungjawab mnjaga (lebih kpd mngurus) trletak pd anak lelaki atau anak prmpuan?..klo anak prmpuan yg suda brkahwin, mereka perlu mndapatkn keizinan suami jika ingin mmbawa ibu tinggal skali ataupun merawatnya..klo anak lelaki pula, keperluan si ibu spt kencing, berak dan mandi bagaimana pula? pndapat peribadi sy, ianya boleh disandarkn kpd menantu..tetapi byk yg kdengaran dlm msyrkt hr ni, anak prmpuan ada, knape hrpkn menantu?..sdgkn anak prmpuan perlu mndptkn keredhaan dan keizinan suami.. soalan yg kedua..apabila seorang wanita berkahwin..dan ditakdirkan ibu kandung dan ibu mertuanya jatuh sakit (melarat) pada waktu yg same, kpd siapa yg harus dier beratkn utk mnjaga, mngurus dan merawat?..adakah ibu kandung ataupun ibu mertua? mohon pncerahan..perkara sebegini ibarat menarik rambut dalam tepung..perlu diselesaikn dgn penuh hati2..sekian |
File Upload: |
Ibu yang sakit seperti itu, sebaiknya dijagai oleh anak perempuan kerana anak perempuan lebih dekat dengan ibu... Cuma mintalah kebenaran suami, jika suami izinkan tiada masalah dalam hal ini.
Seperkara lagi, tanyalah persetujuan ibu. Ibu lebih senang mahu di rumah siapa.. tidak kira di rumah anak atau di rumah menantu. Jika ibu lebih senang di situ, sebagai anak dan juga menantu, jagalah mereka sebaiknya.
Usah dipedulikan sangat cakap-cakap orang. Sampai bila pun tak habis nak layan. Yang penting ibu itu dijagai oleh orang yang mampu menjaganya, disenangi pula oleh si ibu.
Jika ibu kandung dan ibu mertua sakit, kaedah di atas boleh dipertimbangkan. Ibu itu tetap manusia yang ada hati perasaannya. Hargai mereka dahulu, dan kita sebagai anak-anak hanya menurut kehendak mereka..
Tk
Visitor IP: 180.74.177.211
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.