Thursday, March 17, 2016

Soalan: keliru


Nama*:aliya
Tajuk*:keliru
Message*:assalamualaikum ustaz,
sy telah berkahwin pd thn 2006 atas pilihan sendiri dan keluarga dimana suami sy adalah sepupu kepada mak sy dan kami telah dikurniakan 2 org anak.

bermula tahun 2010, hubungan kami suami isteri makin hambar disebabkan hadirnya orang ketiga dan mrk tlh berkahwin tanpa pgtahuan sy.Dengan hati yang terluka, sy bersabar dan redha utk dimadukan tetapi malangnya suami sy mengabaikan tanggungjawabnya sbagai seorang suami dan bapa. Tugasnya tlh diambilalih oleh keluarganya utk myara kami manakala suami hy memikirkan isteri mudanya, dia akan menjenguk kami dalam seminggu nisbah 2:5..dua hari dgn kami dan 5 hari dgn isteri muda..hanya Allah sahaja yg tahu keadaan hati sy pd ketika itu...

berlanjutan selama 2 tahun, suami ttp dgn perangainya dan tidak berubah... akhirnya dgn desakan keluarganya pd April 2013 sy telah pergi mbawa diri keluar bekerja tanpa izinnya disebabkan keluarganya tidak sanggup melihat penderitaan sy.Apabila diketahui pmergian sy oleh suami sy, ia tidak
mberi kesan kpdnya..suami sy pernah myuruh sy pulang kerumah (akhir tahun 2013 )ttp apabila sy pulang, dia ttp dgn perangai lamanya yg jarang blk mjenguk kami.Sepanjang bbrp bulan itu, nafkah batin dr suami dan nafkah zahir dr suami atau wakilnya pun sy tdk mnerima lagi memandangkan sy bekerja dan anak2 berada dibawah jagaan mak suami sy. sy hy berdoa dan berusaha mpertahankan rumahtangga sy tetapi sy tak berdaya kerana suami sy ttp lbhkan isteri mudanya berbanding sy dan anak-anak.

thn 2014, sy sudah nekad untuk menuntut cerai kerana sy dan suami sudah tidak bersekedudukan lagi dan sy tdk lagi mdapat hak sbagai seorg isteri..tetapi suami sy berkeras tidak mahu mceraikan sy atas alasan sy yg pergi mninggalkan dia dan bkn dia yg meninggalkan sy, apa gunanya punya status sbagai isteri walhal kita sudah tidak dipedulikan lg..sy tetap tidak berputus asa dan berusaha memujuk dia utk mceraikan sy dgn cara baik.

walaupun memakan masa yg lama utk memujuk suami sy utk menceraikan sy tetapi ianya berbaloi, dengan izin Allah, membuka pintu hati suami sy utk mlepaskan sy.
Pd Feb 2015 sy telah menfailkan kes tuntutan perceraian bersama. Akhirnya tuntutn sy berjaya dengan lafaz talak 1 pd April 2015.
sepanjang tempoh iddah sy masi menetap dirumah mentua sy, dan bekas suami sy pula tinggal bersama isterinya ditempat lain. pd Sept 2015 tempoh iddah sy telah tamat dan surat cerai yg sah telah pun dikeluarkan dan status sy kini adalah ibu tunggal...syukur alhamdulillah sy terlepas dr tali yg dgantung...

Beberapa hari selepas itu, kmi mdengar khabar bahawa bekas suami sy telah ditahan dan dipenjarakan atas tuduhan positif syabu.Dan atas permintaan anak-anak dan mentua, sy meneruskan tempoh menetap dirumah mentua sy walaupun tempoh iddah sy tlh tamat memandangkan bekas suami sy juga dipenjara.

Feb 2016, bekas suami sy telah dibebaskan dan dia berniat utk mrujuk sy kembali dan mberitahu bhw dia tlh mceraikan isterikan dan dia telah bertaubat tetapi dgn izin Allah sy mgetahui bhw dlm ms yg sama dia memujuk isterinya pulang kerumah mmndgkan isterinya telah bekerja semasa ketiadaannya..sy terkilan kerana dia masih mampu menipu sy..tetapi sy ttp mneruskan khidupan sy tanpa memikirkan niat bekas suami sy.

beberapa hari slps itu, bekas suami tlh mdapati bhw isterinya itu tlh mpunyai kekasih lain(curang) dan minta diceraikan. Mereka tidak mpunyai surat nikah yg sah hy mmadai dgn lafaz shj.

Pertanyaan sy ustaz,
bekas suami sy berniat merujuk sy kembali, tetapi disaat akhir itu dia masih mampu berniat menipu sy sebab sy mgatakan kpdnya utk mberi kan sy masa...dan sekarang dah mmg sah bekas suami dan isterinya telah bercerai, sy keliru ustaz adakah perlu sy mberi peluang kpdnya demi anak2 dan keluarganya? sy dgn bekas suami tidak pernah bergaduh kerna sy byk mgalah dan menggunakan cara lembut memujuk dia ataupun...
perluka sy beredar mcari kehidupan sy sendiri kerana Allah telah mpermudahkan niat pilihan sy utk bcerai?

mengikut firasat hati sy, sy tenang bersama mrk mungkin dsebabkn sejak bkahwin sy mmg tinggal bsama mrk( keluarga bks suami) tetapi sy telah mhampakan harapan tinggi bapa sy utk tidak menoleh kebelakang lagi..adakah sy terlalu mementingkan diri sendiri...sy sgt sayang anak2 sy...sy hanya ingin mencari keredhaan Allah SWT ustaz...nasihatila sy ustaz...
File Upload:
Salam..

Sukar untuk saya memberi buah pendapat dalam kes ini.

Dari segi hukumnya, elok disatukan kembali suami isteri... Dari sudut emosi dan keyakinan, itu mungkin ada pertimbangan lain.

Jika suami sudah tidak dekati syabu lagi, saya kira itu perkara yang cukup baik untuk puan bimbing dia ke jalan yang benar. Dia pun kalau nak cari isteri yang lain yang boleh membimbing, tentulah sukar... sekadar nak kahwin boleh, tapi nak jadi pembimbing susah nak cari..

Berdoalah selalu... moga Allah berikan kekuatan dan keputusan terbaik buat puan sekeluarga.

tk

Visitor IP: 107.167.98.82

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA