Monday, March 14, 2016

Soalan: lafax cerai

Nama*:Kassim8
Tajuk*:lafax cerai
Message*:1. Saya dah lafazkan cerai pada isteri saya 9 tahun yang lepas dan baru2 ni saya lafazkan lagi pada kawan baik saya.
Saya pernah pergi kemakhamah tapi isteri yang tidak mahu diceraikan.


2. Sampai sekarang isteri saya pun hanya berdiam diri dan masih lagi bercerita pada saudara mara yang dia masih lagi isteri saya. Isteri saya tahu yang dia telah di ceraikan.

Kami berdua hanya berdiam diri sampai sekarang
File Upload:
Salam

Saudara sebagai suami kena ambil berat ttg hukum hakam agama. Jika benar saudara telah menceraikan isteri 9 tahun lalu, kenalah suami berpisah dengan isterinya. KEcualilah suami merujuk kembali..

Dalam hal ini, isteri tidak berhak untuk mengakui masih bersuami sedangkan talaknya telah gugur. Suami yang kena bertegas dalam hal ini. SUami kena bertindak untuk memutuskan secara baik atau mengambil kembali secara baik.

Jika sudah 9 tahun bercerai, tetapi masih serumah.. bagaimana keadaan hubungan suami isteri? Takkanlah semua perkara hendak didiamkan sebegitu sahaja. Dosa tu..

Suami kena bertindak untuk membersihkan hubungan suami isteri.. bertindaklah segera.

tk

Visitor IP: 175.144.127.194

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA