Friday, March 4, 2016

Soalan: dosa

Nama*:mimi
Tajuk*:dosa
Message*:ASSALAMUALAIKUM Ustaz,
saya hamba allah yang lemah mohon petunjuk. banyak dosa saya lakukan pada Allah. saya lakukan larangannya dan meninggalkan perintahnya. NAUZUBILLAH.. YA USTAZ, besar dosa saya padaNYA. lebih besar dari gunung di bumi Allah. kadang kadang malu saya ketika bertaubat padaNya. malu dengan diri saya. ustaz, saya ditimpa dugaan yang begitu berat kesan dari pengalaman lampau. terkadang saya dapat rasakan Allah tidak ampunkan saya walau beribu berjuta solat taubat.
ustaz, soalan saya.
1)mampukah Allah terima kembali saya?
2) bisa terpadam kah dosa saya selama ini?
3) ayat apakah bisa saya baca untuk mendapat kan keajaiban supaya dugaan ini bisa terhapus?
File Upload:
Salam

Subhanallah.. Allah Akbar, Puan, kesediaan puan untuk bertaubat itu jauh lebih mulia daripada semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Teruslah bertaubat kepada ALlah, teruslah iltizam untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah sejati, teruslah berusaha gigih untuk mendalami ilmu agama sebagai bekalan dalam perjalanan hidup ini.

Tiada insan terpuji semulia puan yang mahu kembali bertaubat, percayalah!

Allah itu maha pengampun dan penyayang. DIA sedia menerima hamba-Nya kembali. Allah mahu mengampuni hambanya yang beragama Islam. Dekatilah al-Quran dan dekatilah rakan-rakan solehah yang boleh membantu kita. Teruskan taubat puan, dan saya mohon puan doakan kebaikan kepada saya juga.. saya juga mahu semahunya untuk kembali kepada Allah dan langsung meninggalkan doas-dosa kealpaan yang menyusuri hidup kita.

Doakanlah untuk saya juga.. tk puan.

Visitor IP: 1.9.97.13

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA