Sunday, March 13, 2016

Soalan: selalu tertipu

Nama*:hati yg sering terluka
Tajuk*:selalu tertipu
Message*:Assalam ustaz,,
beberapa bulan dulu saya pernah mengahntar msg berkenaan jatuh talak sekiranya suami menceraikan isteri dlm keadaan ketagihan dadah..dan kini mahkamah menjatuhkan talak 1 walau suami melafazkan talak 2..sekiranya waktu itu mahkamah menjatuhkan talak 2 maka saya dan suami mungkin xboleh rujuk lagi kerana sebelum ini pon suami pernah menjatuhkan talak 1.saya dan suami merujuk kembali selepas talak yang kedua dengan pada masa itu suami berjanji pada mahkamah bersaksikan hakim yang dia xkan mengulangi mengambil dadah (syabu) lagi.namun setelah 5 bulan suami kembali menagih ustaz.sebagai isteri sy sentiasa berdoa supaya suami sentiasa dlm lindungan Allah dr hasutan syaitan namun kini saya rs menyesal kerana rujuk kembali dengan suami.sy berusaha membawa suami ke jalan yang baik seperti belajar mengaji alQuran namun sy rasa semua itu hya sia-sia belaka.Hidup kami baru nk kukuh kerana suami baru bekerja(Sentiasa berhenti kerja kerana masalah dadah).paling tidak tahan sy akan dipukul sekiranya dia merasakan sy mengesyakinya.saya yakin suami xkn melepaskan saya untu kali yang ketiga ini.namun kini saya merasa derita dan tertekan sehingga saya mendoakan kecelakaan suami.sya hya menangis untuk menenangkn ati ini..apa perlu sy buat ustaz..berdosa bagi seorang isteri mendoakan perkara yang tidak baik untuk suaminya..sy xkuat untuk membuat keputusan lg.takut dan emosi sering terganggu..kesian pada anak2..suma bermain diminda saya.bantu sy ustaz
File Upload:
Salam.

Pertamanya, terimalah ketetapan mahkamah. Jika mahkamah istiharkan terjadinya talak satu, maka terimalah diakui sahnya pada talak satu sahaja. Usah dibangkitkan perkara yang disebaliknya. Kecualilah jika fakta kes tidak dimaklumkan kepada mahkamah sejelas-jelasnya..

Jika suami masih terlibat dengan dadah, dan ia tentunya menyusahkan kehidupan keluarga puan, saya berpendapat elok jika puan bawa kes ini sekali lagi ke mahkamah. Jika puan rasakan perpisahan itu terbaik, maka mohonlah tebus talak drp mahkamah.

Penagih dadah sememangnya sukar hendak dihentikan tabiatnya. Namun puan perlulah berusaha memulihkan dia.. Jika puan tidak mampu, eloklah berpisah dan binalah keluarga dengan anak-anak tanpa suami yang mengganggu.

Maaf.. hanya pandangan saya.

tk

Visitor IP: 202.129.173.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA