Wednesday, March 9, 2016

Soalan: Jatuh ke talak?

Nama*:Shahir
Tajuk*:Jatuh ke talak?
Message*:salam ustaz. Sy bertengkar dgn isteri, & kami berkeras dgn pendirian masing2 kononnya dia kata sy dh ceraikan dia. Tapi sy menafikan sekerasnya. jatuh ke talak jike berlaku macam ni, isteri sy xpercayakn sy, lpastu dia ada cakap "kalau dah macamni nak xnak salah sorg kena mengaku kat mahkamah nnti.." Bila di tanya tentang maksud dia itu sendiri, dia kata dia seakan menyindir sy supaya sy mengaku tentang kesalahan sy.. Antara lain maksudnya jgk mengkehendaki supaya salah seorang dr kami mengalah di mahkahmah nanti sbg jalan terakhir utk selesaikan masalah..

sy pon cakap lah macam ni kat dia, "Syg,,kite pergi mahkamah dulu, kalau kat mahkamah nanti syg cakap syg betul2 dengar, biy mengaku dan tunggu keputusan mahkamah" tp maksud 'mengaku' sy tu lebih kepada mengalah dgn dia.. Lagi satu "kalau dah terpaksa jugak, biy mengaku, klau syg cakap yg syg betul2 dengar dan tunggu keputusan mahkamah nnti.." "dah syg paksa biy takpelah syg..biy mengaku, tp bukan kat sini.tp kat mahkamah nnti.." Lagi satu "biy terima syg ape yang syg cakap, biy ikut ape yg syg ckap, kalau itu yg boleh selesaikn masalah kat mahkamah nnti.."

Maksud saya bercakap begitu bukan nya sy mengiyakan kata2 dia.. Maksud nya, kalau dia tetap berkeras dgn pendirian dia nak taknak sy kena terima jugak, kena ikut jugak.. Tapi kenyataan sy semuanya di mahkamah nanti.. Bukannya sekarang..

Adakah jatuh talaknya ustaz? Sy rasa tak jatuh.. Sebab sy tau apa yg sy katakana pada dia.. Tp dlm pd masa yg sama sy tetap bingung.. Mohon ustaz perjelaskan.. Adakah jatuh talaknya??
File Upload:
Salam

Cerai itu letaknya pada suami. Jika suami tidak melafazkan cerai dengan jelas, tidaklah terjadinya cerai. Isteri tidak perlu berkeras kepala mengatakan sudah terjadinya cerai, sebab hak itu dan apa yang diucapkan suami itu adalah yang benar dan sahih.

Isteri kena belajar agama sikit dlm bab ini.

tk


Visitor IP: 115.164.187.224

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA