Tuesday, March 8, 2016

Soalan: nafkah isteri

Nama*:nara
Tajuk*:nafkah isteri
Message*:Assalamualaikum ustaz.
Saya ingin tanya mengenai nafkah isteri. Suami sy menyediakan tmpt tinggal tapi kekadang dia x bg duit untuk belanja rumah. Sy segan nak minta darinya. Sy tidak bekerja. Bagaimana caranya?.

Kekdg tu sy x berduit utk beli lauk utk dimasak, tp sy cuba guna dahulu duit anak2 supaya ada lauk2 utk dimakan. Sekarang ni komitmen suami terhadap kerja semakin berkurangan. Sy x berani nak tegur takut menguris perasaan dia. Suami ada ikut usaha dakwah. Sy x menghalang niat suami tu. Tapi sy harapkan suami komitmen juga dengan kerjanya.

Sampai sy terfikir nak cari kerja sendiri agar tidak menyusahkan dia dengan urusan nafkah ini dan supaya sy boleh bayar balik duit anak2 yg pernah sy gunakan dahulu. Suami tidak tahu mengenai perkara ini sebab sy x pernah citer kat dia. Cukup sekali sy minta duit rumah dr dia, terasa malu dan janggalnya. Sy harap suami sedar & perihatin.

Dulu sy bekerja, tp berhenti selepas dpt anak pertama. Kekdg tu sy rasa menyesal dgn keputusan sy berhenti kerja ini tp sy redhakan saja. Ibu sy memang x suka dengan keputusan sy ini. Tp sy hanya mampu berdiam diri saja. Kekdg bila balik kek kg, memang sy nak bg sangat duit saku kat ibu saya sekurang2nya sedikit, tp sy pun kekadang tu terdesak x de duit utk diberikan. Kekdg tu sedih sy dibuatnya bila sy x mampu nak bagi sedikit wang saku pd ibu. Sy x suka bebankan suami dengan hal ini.

Apa perlu sy lakukan? Perlukah sy cari kerja (suami izinkan, tp bila dpt panggilan interview, selalu sy cancel. Sbb bila sy bg tahu suami sy ada interview respon dia mcm x menggalakkan dan akhirnya sy batalkan interview tersebut). Kedg tu sy nak luahkan masalah sy pd suami tp sy boleh agak apa jwpn dr suami sampaikan sy malas nak bg tahu masalah sy pada suami.

Sekian, terima kasih. Wassalam.
File Upload:
Salam

Puan, nafkah dalam rumah tangga terletak di bahu suami. Suami kena faham bab ini, bukan sekadar faham tugas 'kerja dakwah' di luar sahaja sedangkan nafkah isteri dan anak-anak adalah wajib dan hakiki pada bahu suami.

Puan kenalah meminta daripada suami untuk urusan dapur, mintalah daripada suami dengan segala bahasa yang indah dan terbaik.. Dia pun patut tahu, isteri tidak berkerja, mana nak dapat duit belanja dapur.

Puan jangan terlalu mengalah dalam bab ini, jika tidak suami akan terus memikul dosa pengabaikan nafkah keluarga... Kasihan pd suami yang berdosa dalam dia tidak sedar. Bantulah dia untuk menjadi suami yang lebih bertanggungjawab dan amanah.

Suami kalau tak nak fokus pada kerja, itu juga satu masalah.. Kita tidak mahu alasan 'keluar dakwah' sebagai pelarian daripada menjalankan tugas yang dibayar gaji atau tugas yang diamanahkan.. Perhatikan dan buat pertimbangan yang betul, mana yang wajib dan diutamakan dengan mana yang bukan keutamaan.

tk

Visitor IP: 8.37.231.89

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA